Wednesday, July 31, 2013

Komisen ke 12 dari Job Di Rumah


Masih ada lagi rezeki dari Job Di Rumah. Alhamdulillah. Sudah 12 kali mendapat komisen dari Job Di Rumah!  Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Job Di Rumah ini, bolehlah klik sini untuk membacanya. Bagi mereka yang nak mendapatkan khidmat Job Di Rumah ini, bolehlah klik banner di bawah ini.

Tuesday, July 30, 2013

Cornflakes Madu


Menjelang hari raya, anak-anakku pasti sibuk menyediakan biskut cornflakes madu. Ini merupakan biskut raya yang mesti disediakan kerana biskut ini menjadi kegemaran ramai! Cara membuatnya juga mudah. Bahan yang diperlukan ialah 1 kotak cornflakes bersaiz besar + 1/4 buku buttercup (cairkan di atas api) + madu secukupnya.  Bakar selama 25 - 30 minit dengan suhu 180 darjah celsius.


Lihat tu, siap letak dalam tabung dan bersil salotape supaya tidak masuk angin! Kalau dah lemau, tidak sedap lagi...

Cornflakes madu ini dibuat oleh namia, admin blog sehari di dapur dan aimida clothing.

Sunday, July 28, 2013

aimida clothing: bawal bidang 45'' kangaroo

aimida clothing: bawal bidang 45'' kangaroo:


 


1 - 20 helai : RM 6/pc
21 keatas : RM 5.50/pc
POSTAGE 
1 - 8 helai : RM 6 (sem) | RM 9 (sbh/srwk)
9 - 15 helai : RM 9 (sem) | RM 15 (sbh/srwk)
16 - 20 helai : RM 12 (sem) | RM 20 (sbh/srwk)
Jika berminat sila klik link kat atas tu...


DIGI Prepaid Rider





Telefon bimbit anak kecil pun ada
Sudah kemestian mesti dimiliki
CPUV terbaru tajaan DIGI adanya
Sesiapa nak tahu klik iklannya di blog ini!

Friday, July 26, 2013

Komisen Ke 11 dari Job Di Rumah


Alhamdulillah, minggu lepas dapat lagi komisen dari Job Di Rumah. Ini merupakan komisen ke 11 dari JDR. Jadi sesiapa yang nak tahu tentang JDR ni, sila klik sini. Atau boleh terus ke laman webnya dengan klik banner di bawah ini.


Thursday, July 25, 2013

Bawal Masak Sweet Sour Berkentang


Minggu ini masak lauk ikan. Kali ini masak lauk ikan bawal sweet sour.  Istimewanya bawal sweet sour ini dihidangkan dengan kentang goreng. Jom ikuti resipinya.

Bahan utama : 2 ekor ikan bawal (potong 2) ~ goreng sehingga garing.

Bahan kisar :

5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar 
1 inci halia
1 tangkai cili padi

Bahan sos :

3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
air secukupnya

1 biji tomato -  belah 4 atau 6 
Kentang goreng

Cara memasak :
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air + garam + gula secukupnya.
2. Masukkan sos + tomato + air = sebatikan kuah.
3. Masukkan ikan setelah kuah agak pekat. Masak seketika dan matikan api. 

Hidangkan dengan kentang goreng. Biasanya kentang goreng ini dimasukkan dalam kuah, tetapi untuk berbuka puasa ini, saya asingkan supaya kentang tu tetap ranggup sehingga waktu berbuka.

Siap untuk juadah berbuka puasa pada hari ini. Selamat memcuba :)
 

Wednesday, July 24, 2013

Ais Krim Buat Sendiri


Sejak angah cuti ni, banyak je juadah untuk berbuka puasa. Baru-baru ini, angah buat ais krim perisa capucino dan mangga ( gambar kat atas tu ). Sedap seperti ais krim colek yang dijual kat pasar raya! Bahan-bahannya pun mudah nak dapat iaitu susu pekat, susu cair, telur dan perasa. Kosnya pun jauh lebih murah berbanding dengan harga ais krim yang dibeli dalam bekas! Selain makan begitu saja, ais krim ini juga sedap dimakan dengan roti.

Jika nak cuba buat ais krim ni, silalah klik kat sini. Selamat mencuba :) 

Tuesday, July 23, 2013

Ikan Merah Masak Tiga Rasa

Dua tiga hari sudah berbuka puasa dengan lauk ayam. Jadi kali ini, terasalah pula nak berbuka puasa dengan lauk ikan. Memandangkan suamiku membelikan beberapa keping ikan merah, rasanya lebih sesuai dimasak sama ada sweet sour atau masak tiga rasa.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memasak lauk tiga rasa sahaja. Jika sesiapa nak tahu resipinya, sila klik sini. Selamat memasak untuk lauk berbuka puasa hari ini. 

Monday, July 22, 2013

Nekbat


        Nekbat ini merupakan kuih tradisional melayu negeri Terengganu. Keistimewaan nekbat ini, iaitu kuih ini hanya muncul pada bulan Ramadhan. Oleh itu setiap kali menjelmanya bulan ramadhan, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati kuih nekbat ini. Kuih ini sedap dimakan sejuk-sejuk yang sebelum itu disimpan dahulu di dalam peti sejuk.

         Keenakannya terasa apabila nekbat yang lembut bersalut sedikit air gula ini dapat menyejukkan tekak yang kehausan ketika berbuka puasa. Syukur alhamdulillah kerana Allah melimpahkan kepada kami untuk merasai kenikmatan nekbat ini.

        Hidangan nekbat untuk berbuka puasa kali ini dibuat oleh angah, sesiapa berminat nak tahu cara memasak nekbat ini, sila klik sini. Selamat mencuba :)

Sunday, July 21, 2013

UTC ~ Pusat Transformasi Bandar

Hari ini, aku, ma dan suami pergi ke UTC untuk urusan pengeluaran dan pemindahan wang di Tabung Haji. Dalam hati, untung juga ada perkhidmatan UTC ni terutama bagi aku yang bekerja kerajaan. Jadi tak perlulah untuk memohon keluar ketika bertugas kerana perkhidmatan di UTC ini beroperasi 24 seven! Kecuali hari cuti umum, UTC ini juga akan bercuti.

UTC ini terletak di bangunan lama terminal bas Kuantan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kewangan (Tabung Haji contohnya), kesihatan (Klinik 1 Malaysia - pesakit luar) dan banyak lagi jenis perkhidmatan. Pejabat Tabung Haji terletak di paras 2, aku dan ma ke sana dengan menaiki lif.

Jika sesiapa yang tiada masa untuk berurusan pada hari biasa, bolehlah ke UTC pada hari Sabtu dan Ahad. Suasasanya pun selesa berhawa dingin.  UTC ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Friday, July 19, 2013

Komisen ke 10 dari Job Di Rumah




Alhamdulillah murah sungguh rezeki di bulan ramadhan ni. Dapat lagi komisen dari JDR pada 4 hari lepas iaitu pada  15 Julai 2013. Jika ada yang nak tahu lebih lanjut tentang JDR ini, boleh klik sini.


Jika ada yang berminat tu, bolehlah klik banner di bawah ni....

Tuesday, July 16, 2013

Komisen 8 dan 9 dari Job Di Rumah

Ayat yang paling disukai apabila membuka emel ialah Tahniah! Anda dapat komisen. Tambah-tambah lagi jika komisen yang diperolehi itu melebihi daripada kebiasaan! Biasanya mendapat satu komisen saja, tapi kali ini komisen yang diperolehi berganda.  Alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan yang mulia ini.

Jika sesiapa nak tahu tentang Job Di Rumah ini, sila klik di sini untuk membacanya. Atau klik aje banner di bawah.

Monday, July 15, 2013

Sup sayur pucuk


Semalam tokma telefon, kabo nok makan sup sayur pucuk. Oleh kerana semalam angah masak nasi telur, jadi hari ini baru aku masak sup sayur pucuk dan hantar sebekas kepada tokma untuk juadah berbuka puasa hari ini.

Bahan utama : 3 bungkus sayur pucuk yang ada soohun + 3 bungkus sayur pucuk tebal (rendam hingga lembut)

Bahan sayur : Lobak + bunga kobis

Bahan penyedap : 2 keping Fish cake + 2 bungkus bebola ikan + 1 biji ubi kentang (potong dadu) + kaki ayam

Bahan tumis :

Bawang putih - mayang
Bawang besar - mayang
1 kiub pati ayam knorr

Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih + bawang besar hingga naik bau. Masukkan air secukupnya. Garam + gula secukup rasa.
2. Masukkan ubi kentang + kiub pati ayam + kaki ayam = masak sehingga empuk.
2. Masukkan sayur + fish cake + bebola ikan.
3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur pucuk.  Masak 2 - 3 minit kemudian angkat.

Sunday, July 14, 2013

Ayam Bumbu Bali



Sebenarnya, lauk bumbu bali ini telah lama diminta buat oleh wani. Tetapi dek kesibukan sejak akhir-akhir ini walaupun di hari minggu, jadi asyik tertangguh saja untuk memasak lauk ini. Jadi pada puasa yang keempat hari ini, sempatlah aku memasak lauk ini.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil-kecil) ~ gaul garam + kunyit serbuk = goreng separuh masak.

Bahan Kisar :

6 ulas bawang putih
5 - 6 biji buah keras
15 biji cili padi
1 - 2 inci halia

Bahan pelengkap :

6 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur

Bahan sos: 
Santan RM3.00
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya.

Hiasan : Bawang besar (mayang kasar)

Cara Memasak :

1. Tumis bahan kisar + daun limau purut + asam gelugur sehingga naik bau.
2. Masukkan  bahan sos + garam + gula secukup rasa.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan dengan kuah. Tutup api apabila kuah agak pekat. Siap untuk dimakan.

Thursday, July 11, 2013

Komisen 6 dan 7 dari Job Di Rumah!


Komisen ke 6 ini, aku perolehi pada 1 Julai. Tapi tak sangka-sangka, pada 7 Julai dapat pula komisen ke 7 dari Job Di Rumah ini. Bersyukur masih ada rezeki sebagai agen affiliate JDR .... alhamdulillah.



Jika nak tahu lebih lanjut tentang Job Di Rumah ini, boleh baca di sini


Saturday, July 6, 2013

Cash Out Ke 2 dari Nuffnang selamat diterima!


Setelah sabar menunggu, akhirnya sampai juga cek cash out dari nuffnang ini. Alhamdulillah, ini merupakan cash out ku yang kedua. Cash out yang pertama dibuat pada tahun 2011. Tahun lepas, tidak sempat nak cash out kerana terdapat iklan cpuv yang tidak putus-putus!

Sejak memasang iklan syarikat nuffnang ini, rezeki yang diperolehi tidak putus-putus sehingga sekarang. Kini terdapat 6 iklan cpuv yang sedang menari-nari di blog ini dan juga di blog kelip-kelipan contest.



Terima kasih kepada yang sudi mengklik iklan-iklannya, juga kepada pihak nuffnang dan syarikat iklan berkenaan kerana menaja blog ini dan blog lagi satu.

Friday, July 5, 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Mieya Atiera


kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)


Sesiapa nak join sila klik banner di atas ya!

Wednesday, July 3, 2013

Sup Ayam


Minggu lepas, aku dan anak-anak tidak berapa sihat - batuk n selsema. Tekak pun tak berselera nak makan. Jadi masaklah aje sup ayam.

Bahan utama:  Ayam ( 1 ekor - potong kecil)

Bahan tumis :

1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
1 sup bunjut
air secukupnya

cili padi - jika suka

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis hingga garing.
2. Masukkan ayam dan air secukupnya + sup bunjut + garam + gula secukupnya.
3. Masukkan cili padi sebelum matikan api.

Monday, July 1, 2013

Kacang bendi goreng ikan masin

Lazimnya bendi ini diletak dalam asam pedas atau kari. Namun kali ini, bendi ini digoreng dengan ikan masin. Sedap juga tambah pula dimakan dengan sup ayam. Jom ikuti resipinya...

Bahan Utama : 10 - 15 batang bendi (potong serong)

Bahan tumis :

1 labu kecil bawang besar (mayang)
4 tangkai cili padi (potong kecil)
ikan masin (potong kecil)
sos ikan

Cara memasak :

1. Tumiskan ikan masin sehingga garing + bawang besar + cili padi.

2. Masukkan bendi + gula secukup rasa + sos ikan. Goreng seketika dan angkat. Sedia untuk dimakan dengan nasi putih dan sup ayam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...