Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, December 29, 2013

Cuti-Cuti Adelaide : Adventure Playground St Kilda


Pada 23 Disember 2013, masih lagi di bumi Australia. Waktu 11 pagi (masa di Adelaide), kami bertolak ke taman permainan.....dalam kepala tu ingatkan taman permainan biasa. Tapi rupa-rupanya taman permainan gergasi dan mencabar keberanian kita untuk mencubanya. Seronok tak terhingga adik-adik along iaitu syu, wani dan ira. Aku pun seronok juga, adalah mencuba beberapa permainan seperti gelongsor yang tinggi tu...hehehe


Gelongsor ni lah aku naik...takut ooo hehehe


Gelongsor ni tak berani naik, tapi syu, ira, wani dan along naik berkali-kali. Seronok kata depa!

Yang ini pun aku main, pusing laju-laju bersama-sama ira, wani, syu, along dan yang tukang pusinnya si suamiku..hehehe terasa angin sejuk menampar pipi!


Haaa tengok tu papan jongkang jungkit gergasi! Tingginya sampai 6 kaki. Yang ini wani dan ira main. Seronoknya ...

Burung-burung (seabird) menunggu taburan nasi yang terjatuh semasa kami makan tengahari di situ... Cuaca begitu baik hari tu, walaupun panas matahari memancar tetapi anginnya sejuk!

2 comments:

  1. tingginye gelongsor tu!
    kalau saye sure gayat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tengok bawah...jika tak gayat gok!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)