Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, December 27, 2013

Cuti-cuti Adelaide : Jom Tangkap Ketam di Thompson Beach

Sehari belum pulang ke Malaysia iaitu pada 23/12/13 (Isnin), along mengajak kami sekeluarga dan kak jan menangkap ketam di Thompson Beach. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan, menangkap ketam dengan tangan sendiri dan merasai disepit ketam! Pada musim panas dan di bulan Disember, ketam banyak di pantai ini.

Thompson Beach, Adelaide, Australia

 Ketam yang kami tangkap mestilah menepati saiznya, dengan menggunakan alat ukurannya, jika ketam itu masih kecil, kami lepaskan semula.


Alat Ukuran Ketam

Akhirnya, setelah berpenatlelah mencari ketam (seronok sebenarnya...hehehe) dapatlah tujuh ekor ketam biru yang agak besar saiznya dan cukuplah untuk hidangan kami malam ini.


Ketam-ketam yang berjaya kami tangkap!

Ketam-ketam itu kami masak lemak cili padi..sedap sebab isinya yang segar...fresh dari laut dan ditangkap sendiri!


Ketam Masak Lemak Cili Padi ~ klik untuk lihat resipinya

4 comments:

  1. gabak besar ketam2 tu.. mesti sedap menjilat jari tu kan?? hehehe..

    ReplyDelete
  2. bestnyee...tapi mesti sakit mase kene sepit masa nak tangkap tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe apa taknya bertempik sakan bila disepit ketam tu..:) Tapi seronok pengalaman lain dari yg lain!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)