BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, December 28, 2014

Bawal Masak Sweet Sour

Mula-mula tu ingat nak masak lauk ikan tenggiri. Tapi ubah kepada ikan bawal apabila si ayahnya membeli 5 ekor ikan bawal hitam. Saiznya sedang-sedang je. Biasalah kan, bila ikan bawal tu dimasak sweet sour. Jom ikuti bahan-bahannya.

Bahan utama :
5 ekor ikan bawal ~ goreng garing dan ketepikan

Bahan Tumis ~ kisar semuanya

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
halia (2 - 3 inci)
cili padi (jika suka pedas)

Bahan sos :

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Air secukupnya

Bahan sayur :

1 batang timun ~ belah 2 dan potong kecil
1 biji tomato ~ belah 4 atau 6

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga garing atau naik bau.
2. Masukkan bahan sos dan kacau rata. Garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sayur + ikan. Masak sehingga sebati. Tutup api.



Thursday, December 25, 2014

Cuti-cuti JB : Zoo Johor

Semasa di JB, kami sempat melawat Zoo Johor.


Banyak jugalah binatang yang kami lihat dan yang paling menarik perhatianku ialah sang belang yang cantik! MasyaAllah sungguh cantik makhluk ciptaanMU, sebab itu sang belang ini menjadi buruan untuk kulitnya sehingga makin pupus dirimu sang belang!


Setelah puas melihat sang belang, kami membeli sebakul sayur sawi untuk diberi makan kepada beberapa ekor unta. Seonoknyalah along, ira dan syu memberi makan unta-unta ini. Dalalm sekelip mata sahaja, habis sayur-sayur itu dikunyah oleh unta-unta itu.


Episod memberi makan haiwan ini tak berakhir kat situ ...


Tengok tu, beri makan burung merpati pula. Harga makanan burung ini pun taklah mahal. Hanya RM1 untuk sebungkus. Seronokkan bila kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti ini, rasa sayang je pada haiwan-haiwan tu..ya dak!

Sunday, December 21, 2014

Cuti-cuti JB : Hotel Puteri Pasifik

Cuti sekolah kali ini, kami berpeluang ke JB untuk bercuti selama 3 H 2 M di Hotel Puteri Pasifik. Seronok sungguh Wani, Ira dan Syu. Maklumlah mereka belum lagi menikmati suasana bercuti walaupun cuti sekolah telah berlalu selama 2 minggu.

Niat dihati tu memang nak pergi bercuti di rumah along di JB, tapi dek kekangan tugas niat tu terpaksa dipendamkan. Tapi jika ditakdirkan Allah itu, peluang tu tetap ada apabila suamiku bertugas di JB pada tarikh 11 hingga 13 Disember lepas. Jadi peluang ini diambil untuk kami sekeluarga bercuti di JB dan menginap di Hotel Puteri Pasifik.


Dari tingkap bilik kami menginap tu, jelas kelihatan kolam renangnya, seolah melambai-lambai Wani, Ira dan Syu supaya berenang di dadanya!


Ku lihat saiz kolamnya tidaklah terlalu besar dan juga tidak terlalu dalam. Sesuai untuk kanak-kanak dan diawasi oleh ibu bapa masing-masing.
Sambil itu bolehlah mereka bersantai di deretan kerusi malas yang di susun di tepi kolam ini.


Saturday, December 20, 2014

Nasi Tomato

Sudah lama betul tidak update blog ini..almaklum sibuk memanjang. Masa yang terluang sedikit ini, digunakan untuk memasak. Kali ini aku buat nasi tomato. Sebenarnya sudah agak lama juga nasi tomato ini tidak aku masak. Kecuali baru-baru ini teringin pula nak masak nasi ini.


Jom kita ikuti cara memasak nasi ini.

Bahan utama : 3 pot nasi (basuh bersih dan toskan)

Bahan tumis:

4 - 5 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu kecil bawang besar ~mayang halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tomato puree
setengah cawan susu segar
air secukupnya

Cara masak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga sehingga garing atau naik bau.
2. Masukkan sos tomato puree + susu segar + air secukupnya. Letak sedikit garam n kacau rata.
3. Setelah air mendidih, masukkan beras. Pindahkan ke rice cooker dan tunggu nasi tomato masak. Sedap dimakan bersama-sama acar buah atau acar timun dan ayam masak kurma.

Selamat mencuba.

Wednesday, October 29, 2014

Ciri-ciri Hutan Monsun Tropika



Hutan monsun tropika tumbuh subur di negara-negara yang terletak antara latitud 10 darjah U/S hingga 30 darjah U/S.



  Taburan Tumbuh-tumbuhan Semulajadi di Dunia              sumber peta




Contoh negaranya ialah :

1. Thailand (utara)
2. Myanmar
3. Laos
4. Vietnam/Kampuchea
5. Bangladesh/India/China

Antara ciri-ciri hutan monsun tropika ialah

1. Berkayu keras
2. Berdaun lebar
3. Berakar tunjang
4. Lapisan bawah/lantai hutan padat
5. Kaya dengan rumpun buluh
6. Tiga lapisan
7. Daun gugur pada musim kemarau
8. Dirian tulen
9. Pokok tinggi antara 20 meter hingga 50 meter
10. Terdapat tumbuhan menjalar
11. Pokok tumbuh tidak terlalu rapat.

Jawapan dalam bentuk esei :

Hutan monsun tropika terdiri dari kayu keras dan jenis dirian tulen. Contohnya pokok jati. Pokoknya berdaun lebar. Akar pokok adalah berakar tunjang. Lantai hutan monsun tropika adalah padat. Hutan ini juga kaya dengan rumpun buluh. Hutan ini mempunyai 3 lapisan dan daun pokoknya gugur pada musim kemarau. Pokoknya tinggi iaitu 20 meter hingga 50 meter. Tumbuhannya juga jarak-jarak iaitu tumbuh tidak terlalu rapat.
 


Sunday, September 28, 2014

Ikan Tenggiri Masak Kicap




Tiap-tiap hari makan ayam, bosan juga kan. Jadi hari ini, masak lauk ikan. Ikannya pula ialah ikan tenggiri. Lauk yang dimasak pula mudah saja iaitu masak kicap dan lauk kegemaran ramai juga ni.

Bahan utama :
2 keping ikan tenggiri ~ lumur garam dan goreng garing.

Bahan kuah :
5 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu kecil bawang besar ~ mayang nipis-nipis
5 tangkai cili padi (lebih pun tak apa)
Kicap masin
Kicap manis
Semangkuk kecil air asam jawa
1 gelas air

Cara masak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar+ cili padi  = garing atau naik bau.
2. Masukkan air asam jawa + kicap masin + kicap manis + air. Perasakan garam + gula secukup rasa.
3. Akhirnya, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas.


Friday, September 19, 2014

Mee Sanggul Goreng Pedas

Rasanya sudah agak lama saya tidak buat post tentang resipi. Almaklum, sejak akhir-akhir ini saya banyak membeli makanan di luar, dek kesibukan dengan tugasan harian. Jadi menjelang cuti sekolah ini, adalah sedikit kelapangan yang saya penuhi dengan aktiviti memasak. Kali ini saya nak postkan resipi tentang mee. Resipi asal adalah dari blog tersohor iaitu Dapur Tanpa Sempadan  : Mee Sanggul Goreng Pedas, sentuhan Chef Che Mat Gebu.

Bahan utama mestilah mee sanggul. Mee sanggul yang saya beli dipanggil mee siput!


Satu bungkus mee siput ini boleh dihidangkan untuk 5 hingga 6 orang makan.

Cara penyediaan : Celur mee siput ini dalam air panas sehingga lembut dan toskan.

Bahan untuk kuah :

Hirisan daging (lagi banyak lagi sedap)
Hirisan ayam (isi sahaja) ~kalau tak ada isi ayam tu, bahagian tulang pun boleh!
1 labu bawang besar (mayang nipis)
3 - 5 ulas bawang putih (mayang nipis)
3 - 5 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh letak lebih lagi~hiris halus)
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa ayam
1 - 2 sudu kicap manis
air secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih + bawang besar + cili padi sehingga garing (naik bau).
2. Masukkan cili boh + sedikit air = tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan hirisan daging + air = masak sehingga air daging memekat.
3. Masukkan semua jenis sos + kiub ayam + kicap manis + ayam + gula + garam = sesuai mengikut rasa.
4. Akhir sekali masukkan mee siput dan gaul rata. Hidangkan ketika masih panas.


Monday, August 25, 2014

Pelamin Along




Putih Pink Tema Pilihan,
Sungguh harmonis jua nan indah,
 Tirai pelamin langsir pilihan,
Bunga kipas disusun indah..

Hasil hiasan kreativiti sendiri,
Apa yang penting puas di hati,
Bertakhta di Hari Raja Sehari
    Menjadi kenangan kekal abadi...

Sunday, August 24, 2014

Masih ada rezeki dari Komisen Job Di Rumah




Syukur Alhamdulillah masih ada rezeki hasil komisen jualan JDR ni. Walaupun tak banyak, hanya RM75 tapi siapa sangka kan... yang seronoknya menerima emel dari syarikat kliks solution (syarikat yang membayar komisen ini) apabila ada yang membeli Job Di Rumah melalui link kita.

Apa-apapun...alhamdulillah. 

Sesiapa yang nak cari kerja  secara online ni, jangan segan-segan klik banner Job Di Rumah di atas tu ya. Dan berbanyak terima kasih jika join melalui link saya ini. TQ, TQ, TQ...

Sunday, August 10, 2014

Ijab dan Qabul



Ijab dan Qabul termenterai sudah
Layari bahtera penuh hemah
Tanggal Dua Ogos 2014 penuh sejarah
Sembilan Ogos 2014 majlis bertandang berlangsung sudah

Ijab dan Qabul termenterai sudah
Layari bahtera penuh hemah
Jangan dilupa didikan mak dan ayah
Pedoman hidup Al Quran dan Sunnah

Ijab dan Qabul termenterai sudah
Layari bahtera penuh hemah
Hidup berumah tangga bukanlah mudah
Perlukan kesabaran dan toleransi aizat dan hidayah

Ijab dan Qabul termenterai sudah
Layari bahtera penuh hemah
Doa berpanjangan ikhlas dari mak dan ayah
Semoga pernikahan aizat dan hidayah berkekalan hingga ke jannah...

Aamiin ya rabbal alamiin.

Friday, July 4, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Api


Resipi ini boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa : Masak lemak cili api dipilih sebab mudah untuk disediakan dan kegemaran ramai.

Bahan utama : 7 ekor ketam bersaiz sedang (potong 2).

Bahan kuah :

10 hingga 15 tangkai cili padi ~ tumbuk lumat
1/2 inci kunyit  ~ tumbuk lumat
2 batang serai ~ titik sedikit
2 keping asam gelugur
RM6 santan
Air secukupnya

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan kuah kecuali santan letak separuh dahulu.Masukkan ketam. Masak sehingga kuah mendidih.

2. Masukkan separuh lagi santan, perasakan gula dan garam. Perlahankan api, masak 2 -3 minit lagi. Tutup api.

Selamat berbuka puasa dengan menu ini.


Saturday, June 28, 2014

Aimida : Humaira' Squircle Scarf


Wah, warna yang SUPER CANTIK! Dah la kain cantik, warna pun comel je.
Apa tunggu lagi? Ayuh dapatkan Humaira' Squircle Scarf. Material chiffon georgette tebal. Dijamin tudung tidak jarang!
PRE ORDER opens now, sehingga 5/7/2014 SHJ.
PM or whatsapp +60139144567 to order.

Banyak lagi pilihan warna  ~ jom ke page fb aimida untuk tahu lebih lanjut.Sila klik gambar di bawah ya untuk ke page fb aimida.

https://www.facebook.com/AIMIDA/posts/773712132648870

Sunday, June 8, 2014

Laksa Sarawak


Baru-baru ni along masak laksa sarawak dengan menggunakan rempah siap yang dibeli oleh ayahnya. Kalau tak silap rempah laksa tu dibuat oleh Hj Manan sebagaimana ditulis pada bungkusannya. Sedap juga laksa sarawak ini yang dimakan dengan beehoon.


Oleh kerana rempah laksa sarawak ni sudah siap (sedap tau!), jadi penyediaan bahan-bahan kuahnya taklah cerewet sangat. Cuma rebus isi ayam (carik-carikkan isi ayam setelah masak direbus), udang (buang kulit setelah direbus dan potong kecil-kecil) dan buat telur dadar (potong memanjang).Tambah taugeh dan sambal (cili padi ditumbuk lumat dengan sedikit belacan dan perahan limau kasturi). Daun sup dan bawang goreng (jika suka).


 
Air rebusan itu dijadikan kuah laksa sarawak. Setelah air rebusan itu mendidih, masukkan rempah laksa sarawak (gambar atas) ~ letak lebih kurang 3/4 rempah itu (bungkusan besar).  Kemudian tambahkan 1 kotak kecil santan segera, perisakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Siap untuk dimakan. Sebelum makan, masukkan perahan limau kasturi/limau nipis.



Tuesday, May 13, 2014

Nasi Minyak Ayam Tomato

Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Peluang ini digunakan untuk membuat sarapan pagi ini. Menu yang diminta oleh ira ialah nasi minyak.

Nasi Minyak

6 pot beras (6 orang makan) ~ bersihkan dan toskan

Bahan tumis :
1 labu kecil bawang besar ~ mayang nipis
1 inci halia ~ hiris nipis
rempah campak ~ bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
1 helai daun pandan
air secukupnya

Cara masak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya dan sedikit garam.

2. Setelah air mendidih, masukkan beras dan pindahkan ke dapur elektrik (rice cooker). Masak sehingga nasi masak.

Ayam Masak Tomato



1 ekor ayam ~ potong kecil (lumur dengan sedikit garam dan goreng)

Bahan kuah :
2 labu bawang besar ~ blender sehingga lumat
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos kicap masin
1 sudu besar sos kicap manis
Air secukupnya

Cara masak:
 1. Tumis bawang besar + cili boh sehingga garing (masukkan sedikit air semasa menumis).
 2. Setelah garing, masukkan sos tomato + sos kicap masin + sos kicap manis + air. Letak gula + garam secukup rasa.
 3. Setelah kuah mendidih, masukkan ayam. Gaulkan sebati dan angkat. Siap untuk dimakan bersama-sama telur rebus dan nasi minyak. Lauk ini juga sedap dimakan dengan nasi putih panas.


Wednesday, May 7, 2014

Sup Sayur Bebola Ikan Cendawan Enoki


Hari ini cuti umum sempena Hari Hol di negeri Pahang. Masa-masa cuti inilah, diambil peluang untuk masak. Menu simple tapi menyihatkan iaitu sup sayur. Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan sayur :
1 paket putik jagung ~ potong memanjang
1 batang lobak merah ~  potong nipis separuh bulat
3 batang sawi manis ~ potong
Bunga kobis ~ potong
2 bungkus bebola ikan
4 biji ubi kentang saiz kecil ~ potong dadu
Cendawan enoki

Bahan tumis :
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang nipis

Bahan perasa :
1 kiub perasa ikan bilis knorr
garam dan gula
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau, Masukkan air + ubi kentang + kiub ikan bilis + bebola ikan.
2. Setelah ubi kentang empuk, masukkan semua bahan sayur (kecuali cendawan enoki).
3. Akhir sekali masukkan cendawan enoki. Garam + gula secukup rasa. Tutup api setelah cendawan enoki sedikit layu. Siap untuk dimakan begitu saja atau dengan nasi putih panas. Selamat mencuba.


Sunday, May 4, 2014

Tomyam Sotong Bercendawan






Resipi sayur yang digemari ramai. Kali ini masak tomyam seafood tapi letak sotong dan tambah cendawan. Jom ikuti bahan-bahannya.

Bahan sayur :

2 labu bawang besar ~ potong memanjang
2 batang lobak merah ~ potong memanjang
1 paket putik jagung ~potong memanjang
Bunga kubis ~ hiris nipis
cili padi ~ belah dua
5 helai daun limau purut
3 batang serai ~ dititik sedikit
1 biji tomato ~ hiris nipis

Bahan isi :
4 ekor sotong ~ potong bulat
1 paket cendawan tiram ~ carik-carikkan
1 paket bebola ikan ~ potong 2
3 paket sos tomyam merah
Air secukupnya

Cara memasak :

1. Masukkan semua bahan  (kecuali sotong, cendawan dan tomato) dalam periuk.

2. Masak sehingga mendidih. Masukkan sotong, cendawan dan tomato. Garam dan gula secukup rasa.

3. Bila sotong, cendawan dan tomato sudah masak (jangan sampai layu). Tutup api. Siap untuk dimakan begitu sahaja atau bersama-sama nasi putih.





Sunday, April 6, 2014

Cuti-Cuti Adelaide : Picking Cherries

Sabtu : 21 Disember 2013

Selain pengalaman memeluk koala dan memberi makan kanggaro, kenangan 'picking cherries' juga tidak dapat dilupakan. Dalam perjalanan ke ladang stella, pemandangannya sungguh cantik. Memukau mataku melihatnya.

Di Ladang Cherries Stella Creek ini, kami petik ceri...seronok!

Luas saujana mata memandang...menghijau elok utk terapi mata ni!



Setelah tiba di Ladang Stella ni, kami tak sabar-sabar nak memetik ceri...teruja apabila melihat buah ceri yang ranum masak! Manis rasa buah cerinya. Dari pokok terus masuk mulut, itu yang best tu!

Tengok tu, semua tak sabar nak petik ceri...jalan laju-laju hehehe
Memang tak sabar nak petik, tengoklah buah cerinya...besar-besar dan merah menyala warnanya! Sedapnya....

Terliur tak...nak petik dan makan!
Dan macam-macam gaya memetik buah ceri...almaklum orang 'bandar' masuk 'kampung', mana pernah jumpa pokok buah-buahan. Biasanya beli je kat pasar. Ini bila dapat peluang memetik sendiri buah, mesti tak mahu lepaskan peluang tu...ya dak??

Ada gaya tak jadi pemetik buah ceri?
Apa-apa pun, kami bersyukur kepadaMU kerana memberi peluang ini..tidak pernah terlintas pun boleh petik ceri apatah lagi memetik buah ceri di benua kecil Australia ini.

Sunday, March 30, 2014

Macaroni Sup

Pada cuti sekolah kali ni, berpeluanglah aku memasak untuk anak-anak. Kali ini, masak makaroni sup yang menjadi kegemaran anak-anakku.



 Resipinya :
Setengah bungkus macaroni ~ rebus sehingga lembut dan toskan. Masukkan sedikit garam semasa rebus macaroni. Cukup untuk 6 orang makan.

Bahan-bahan Kuah :

Isi ayam ~ potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
1 bungkus bebola ikan
3 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 bungkus sup bunjut
1 kiub stok ayam
Air secukupnya

Bahan tumis :
Bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
Bawang putih dan bawang besar ~ mayang
Lada hitam tumbuk ~ pilihan

Bahan hiasan ~ daun sup/daun saderi hiris halus

Cara Memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga garing,
2. Masukkan bahan-bahan kuah. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Setelah kuah sup mendidih, masukkan macaroni.
4. Hidangkan dengan taburan daun sup. Siap. Makan panas-panas, pasti nak tambah lagi!




Wednesday, March 26, 2014

KFC Zinger Burger

Anak-anakku terutamanya si wani dan si angah amat gemar makan zinger burger ini. Sedap ranggup isi ayamnya.


Jadi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang zinger burger ini  yang merupakan salah satu jenis fast food KFC ini, silalah klik videonya yang keluar di blog ini...


Sunday, March 16, 2014

Job Di Rumah


Sudah lama tak iklankan JDR ni..
Khas untuk mereka yang banyak masa lapang!
Boleh penuhi dengan membuat kerja-kerja online!
Anda dibayar dan boleh bekerja ikut suka masa!
Sesiapa berminat, sila klik gambar di atas tu ya!

Sunday, March 2, 2014

CPUV UNTUK MEREKA YANG MINAT MELANCONG!

Visa Travel Happy nama diberi,
Khas untuk mereka yang ingin bercuti,
Ada saja discount yang diberi,
Jangan abaikan peluang diberi!

Sunday, February 23, 2014

Cuti-Cuti Adelaide : Gorge Wildlife Park

Sabtu : 21 Disember 2013
 Gorge Wildlife Park ini terletak tidak jauh dari bandar Adelaide iaitu hanya mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit. Aku merasa seronok apatah lagi anak-anakku yang dapat merasai sendiri pengalaman ini. Haiwan yang dipelihara di sini dibiar bebas dan kita dapat berinteraksi secara langsung dengannya. Seronokkan tidak seperti di zoo, kita melihat haiwan-haiwan ini di dalam kandang!



Sampai hajat nak lihat kangaroo secara 'live'. Malah lebih teruja apabila dapat memberi makan dan menyentuh kangaroo ini. Nampak tangan tu...tangan akulah tu beri makan sang kangaroo putih - albino.

Malah kakak iparku, kak jan pun teruja memberi makan si kangaroo ini..ce lihat gambar di bawah ni. Semua tak mahu lepas peluang memberi kangaroo makan!

 Kak Jan 'khusyuk' memberi makan kangaroo..tak sedar
gambarnya diambil!

Gelagat ira, wani dan syu memberi kangaroo makan!

Keterujaan semakin memuncak apabila kami berpeluang memegang beruang kaola. Semua tak mahu melepaskan peluang ini walaupun terpaksa beratur menunggu giliran. 

 Pengalaman yang tak mungkin kami lupakan...
memegang anak beruang koala yang manja!

 Sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan lain di wildlife ini, tapi dua jenis haiwan ini menjadi tarikan kami, almaklumlah spesies ini hanya terdapat di benua Australia. Kalau tak dapat memegang dan memberi makan, rasanya seperti tak berbaloi je melancong ke sini...betul tak?

Boleh cari tak si kaola?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...