Wednesday, January 29, 2014

Cuti-Cuti Adelaide : The Carrick Hill ~ Rumah Agam Tersergam Indah!

Ingat tak lagi tentang postku berkenaan taman indah Carrick Hill ni. Kali ni nak tunjuk keindahan rumah agamnya pula. Jom layan....

 Ini bahagian hadapan rumah agam tersebut dengan laman
round aboutnya yang cantik

 Bahagian sisi yang menuju ke laman padangnya
yang menghijau

 Bahagian belakang rumah agam yang 
dihubungkan dengan laluan pokok pear

Laluan sisi yang dihiasi batuan
pejalan kaki.

Rumah agam ini dijaga dengan baik oleh pihak terlibat. Alangkah bagusnya, jika rumah-rumah lama yang penuh bersejarah juga dipelihara seperti ini di Malaysia. 

Tuesday, January 14, 2014

Cuti-cuti Adelaide : The Carrick Hill ~ Taman Yang Indah Memukau Pandanganku!

 Ahad, 22 Disember 2013.

Jam : Lebih kurang pukul 4 petang waktu Adelaide.

 Kami tiba di Carrick Hill. Ketika itu Aqilah dan ibubapanya sudah berada di sini. Nak tahu cerita tentang Carrick Hill ni, baca keterangan dalam gambar di bawah. Klik untuk maklumat yang lebih jelas!


 Teruja dengan kecantikan landskap tamannya, tanganku tak henti-henti mengambil gambar menggunakan telefon S II ini.


 Pokok Bunga Mawar ini ditanam oleh Queen Elizabeth, 1955



 Selepas melalui taman bunga mawar, hatiku tertarik dengan lanskap ini, cantikkan!

 Alur air yang dihias indah.
 Dinding pokok yang tinggi melangit!


 Kuntuman bunga ~ boleh tak cari diriku ...hehe
 Laluan pejalan kaki ditengah-tengah dinding pepohon...teruja
untuk berjalan melaluinya!

 Hamparan padang rumput menghijau meredupkan pandangan mataku...
terasa kedamaiannya.

 Memukau pandangan mata dengan warna-warninya yang lembut
namun begitu menyerlah!

 Laluan taman buah pear, tapi sayang bukan musimnya
Buah pear belum masak!
Tak dapat nak memetiknya!

Buah pear yang baru berputik...begini rupanya
pokok buah pear!


Post seterusnya Bangunan/Rumah Carrick Hill...tunggu!

Mari bersalawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Yang kita Kasihi

Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
Sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Anda akan membuat beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W .

Sunday, January 12, 2014

Cintai Rasalullah s.a.w

SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
NABI MUHAMMAD SAW.