Tuesday, May 13, 2014

Nasi Minyak Ayam Tomato

Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Peluang ini digunakan untuk membuat sarapan pagi ini. Menu yang diminta oleh ira ialah nasi minyak.

Nasi Minyak

6 pot beras (6 orang makan) ~ bersihkan dan toskan

Bahan tumis :
1 labu kecil bawang besar ~ mayang nipis
1 inci halia ~ hiris nipis
rempah campak ~ bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
1 helai daun pandan
air secukupnya

Cara masak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya dan sedikit garam.

2. Setelah air mendidih, masukkan beras dan pindahkan ke dapur elektrik (rice cooker). Masak sehingga nasi masak.

Ayam Masak Tomato



1 ekor ayam ~ potong kecil (lumur dengan sedikit garam dan goreng)

Bahan kuah :
2 labu bawang besar ~ blender sehingga lumat
3 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos kicap masin
1 sudu besar sos kicap manis
Air secukupnya

Cara masak:
 1. Tumis bawang besar + cili boh sehingga garing (masukkan sedikit air semasa menumis).
 2. Setelah garing, masukkan sos tomato + sos kicap masin + sos kicap manis + air. Letak gula + garam secukup rasa.
 3. Setelah kuah mendidih, masukkan ayam. Gaulkan sebati dan angkat. Siap untuk dimakan bersama-sama telur rebus dan nasi minyak. Lauk ini juga sedap dimakan dengan nasi putih panas.


Wednesday, May 7, 2014

Sup Sayur Bebola Ikan Cendawan Enoki


Hari ini cuti umum sempena Hari Hol di negeri Pahang. Masa-masa cuti inilah, diambil peluang untuk masak. Menu simple tapi menyihatkan iaitu sup sayur. Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan sayur :
1 paket putik jagung ~ potong memanjang
1 batang lobak merah ~  potong nipis separuh bulat
3 batang sawi manis ~ potong
Bunga kobis ~ potong
2 bungkus bebola ikan
4 biji ubi kentang saiz kecil ~ potong dadu
Cendawan enoki

Bahan tumis :
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang nipis

Bahan perasa :
1 kiub perasa ikan bilis knorr
garam dan gula
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau, Masukkan air + ubi kentang + kiub ikan bilis + bebola ikan.
2. Setelah ubi kentang empuk, masukkan semua bahan sayur (kecuali cendawan enoki).
3. Akhir sekali masukkan cendawan enoki. Garam + gula secukup rasa. Tutup api setelah cendawan enoki sedikit layu. Siap untuk dimakan begitu saja atau dengan nasi putih panas. Selamat mencuba.


Sunday, May 4, 2014

Tomyam Sotong Bercendawan






Resipi sayur yang digemari ramai. Kali ini masak tomyam seafood tapi letak sotong dan tambah cendawan. Jom ikuti bahan-bahannya.

Bahan sayur :

2 labu bawang besar ~ potong memanjang
2 batang lobak merah ~ potong memanjang
1 paket putik jagung ~potong memanjang
Bunga kubis ~ hiris nipis
cili padi ~ belah dua
5 helai daun limau purut
3 batang serai ~ dititik sedikit
1 biji tomato ~ hiris nipis

Bahan isi :
4 ekor sotong ~ potong bulat
1 paket cendawan tiram ~ carik-carikkan
1 paket bebola ikan ~ potong 2
3 paket sos tomyam merah
Air secukupnya

Cara memasak :

1. Masukkan semua bahan  (kecuali sotong, cendawan dan tomato) dalam periuk.

2. Masak sehingga mendidih. Masukkan sotong, cendawan dan tomato. Garam dan gula secukup rasa.

3. Bila sotong, cendawan dan tomato sudah masak (jangan sampai layu). Tutup api. Siap untuk dimakan begitu sahaja atau bersama-sama nasi putih.