Saturday, January 31, 2015

Daging goreng kering


Baru-baru ni, masak asyik guna pan ajaib je. Daging ini pun masak dalam pan ajaib sebelum buat lauk. Sebenarnya makan terus je pun boleh lepas panggang dalam pan ajaib tu...sedap nak-nak bila makan panas-panas. Paling mengujakan, daging tu jadi empuk walaupun dipanggang dalam masa yang singkat. Itu kelebihannya guna pan ajaib ini.

Selepas daging tu dipanggang sehingga kering airnya.. kita tumis bawang putih + bawang merah. Setelah garing, masukkan daging + gula + garam secukup rasa. Kalau ada lada merah tu, boleh potong serong-serong dan masukkan semasa menumis, Jadi adalah rasa sedikit pedas. Nak letak kicap sedikit pun boleh. Terpulang kepada cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.

Saturday, January 24, 2015

Aimida : JOINT COLOUR DRESS


RM65

Postage :
Rm6 (sem) | Rm9 (ss)

Measurement:
Size S: Length: 138cm Bust: 88cm Shoulder: 36cm Waist: 74cm Sleeve: 60cm
Size M: Length: 140cm Bust: 92cm Shoulder: 37cm Waist: 78cm Sleeve: 61cm
Size L: Length: 141cm Bust: 96cm Shoulder: 38.5cm Waist: 82cm Sleeve: 62cm
Size XL: Length: 142cm Bust: 100cm Shoulder: 40cm Waist: 86cm Sleeve: 63cm

Material : Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining.

Description: Back Zip.

Detail : Belt attach to waist.

Berminat ? 

Hubungi :

+60139144567 / +60148230230
(Ida / Aiman)
 

Sunday, January 18, 2015

Ayam Golek @ Ayam Percik ala Terengganu



Sudah agak lama juga aku tidak masak ayam golek ini. Hari ini teringin pulak nak makan ayam golek seperti resipi masakan ma atau masakan arwah chek! Anak-anak dan suami pun suka ayam golek ini.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong 4)

Bahan kuah  (kisar):

3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
4 sudu besar cili boh


RM3 santan
Gula melaka
2 keping asam gelugor
Sedikit halba
2 batang serai (diketuk sedikit)
Air secukupnya

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam kuali. Letak gula melaka/ gula + garam secukup rasa.
2. Masak sehingga ayam separuh masak.
3. Pindahkan ayam ke dalam pan ajaib dan panggang sehingga ayam masak.
4. Hidangkan ayam bersama kuahnya.

Saturday, January 10, 2015

Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang popular.Sehingga dijadikan pembayang dalam pantun Melayu.....

nasi lemak buah bidara
daun selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan


Bahan-Bahannya :

3 pot beras ~ bersihkan dan toskan .
2 ulas bawang merah ~ mayang nipis
Halia ~ hiris nipis
daun pandan ~ 2 helai (potong 3 cm panjang)
Santan ~Rm5.00
Sedikit garam
Air secukupnya.

Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk rice cooker.
2. Masakkan seperti biasa sehingga air kering.
3. Sedia dimakan dengan goreng/ ayam panggang.


Ayam Panggang/Ayam Goreng
1. Gaulkan ayam dengan garam + kunyit.
2. Panggang/goreng dalam pan ajaib ~ guna api sederhana. Sedap rasanya walaupun ayam garing tetapi isinya lembut! Ini keajaiban menggunakan pan ajaib!

Tak lengkap rasanya makan nasi lemak, jika tiada kuah sambal masak merahnya. 


Sambal Ikan tongkol :
1. Goreng ikan tongkol sehingga garing ~ ketepikan.

Bahan kuah/sambal:
2 labu bawang besar~kisar halus
4 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Gula melaka
Air secukupnya

Cara masak :
1. Tumis bawang besar + cili boh sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tomato + kicap manis + kicap masin + gula melaka + gula + garam secukup rasa. 
3. Masukkan air secukupnya. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan. Sebatikan. Siap untuk dimakan dengan nasi lemak dan ayam goreng.

Friday, January 2, 2015

Cuti-cuti JB : Angry Bird Play Ground

Semasa di JB, sempatlah juga kami ke KOMTAR Mall dan 'window shopping'. Tak beli apa-apa pun. Namun bagi memenuhi kehendak wani, ira dan syu..kami ke Angry Bird Play Ground untuk bermain-main.


Ramai betul orang, maklumlah cuti sekolah. Syu muncung aje dan tak main apa-apa sebab 'orang terlalulah ramainya, pening kepala', kata syu.Tapi wani dan ira seronok je main. Sempatlah main 2 - 3 round. Sambil-sambil tu sempatlah aku landing berehat sekejap setelah penat berjalan...hehe


Oh ya..jika nak datang sini tu, sediakan sepasang stokin ya, sebab semua play ground di sini dilapik getah gebus gitu. Kalau pakai kasut tu, nak-nak yang bertumit tu nanti rosaklah pulak. Oleh kerana itu, semua pengunjungnya kena pakai stokin!
Nampak tu, semua berstokin, tak kira tua, muda dan kanak-kanak.