Saturday, December 26, 2015

Langkah-langkah Memasak Nasi Lemak

Entri ni untuk anak-anak dara yang baru-baru nak belajar memasak. Ikuti step-stepnya:

1. Sediakan Daun Pandan, Halia Muda & Bawang Merah


2. Satu kotak santan segera ~Saya guna Ayam Brand. Nak guna jenis lain pun boleh.


3.  Beras (5 orang makan) ~basuh dan toskan


4. Masukkan semua bahan dalam periuk nasi elektrik


5. Tambahkan 3 kotak air (guna kotak santan tu) dan sedikit garam. Masakkan menggunakan dapur nasi elektrik.


6. Dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba ya.


Friday, December 25, 2015

Puding Vico



Bahan-bahan :
1 paket agar-agar serbuk
1 tin susu sejat
750ml air
6 cb gula (jika tak nak manis boleh guna gula castor)
Vico secukupnya

Cara-cara memasak :

1. Letakkan agar-agar serbuk + air dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur.

3. Masukkan susu sejat. Kacau sehingga sebati dan mendidih sedikit. Tutupkan api dapur.

4. Masukkan vico secukupnya dan kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Sejukkan dalam peti ais. Sedapnya makan sejuk-sejuk.

Tuesday, December 22, 2015

Pakaian Wanita Wajib Ada




Pernahkah anda terfikir, apakah jenis-jenis pakaian  yang sepatutnya anda miliki? Pakaian-pakaian ini pula merupakan  jenis-jenis pakaian yang mudah digayakan, paling praktikal, versatile dan sesuai dipakai dalam apa-apa situasi pun. Paling penting pakaian ini mestilah menutup aurat bagi kaum muslimah. Betul? Jadi, jom kita lihat apakah jenis pakaian wanita yang wajib dimiliki! Jangan ingat muslimah tidak boleh bergaya.. tapi menutup aurat!


1. Cardigans / Jackets
Saya percaya, setiap wanita pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai cardigans atau jackets! Baik wanita bertudung mahupun tidak bertudung. Jackets / Cardigans dipakai ketika cuaca sejuk atau dipakai sebagai "outerwear" kepada pemakaian baju berlengan pendek bagi wanita bertudung. Pastikan cardigans tu berlengan panjang..menutup aurat sepenuhnya.


2. Jeans
Apa lagi kalau bukan jeans! Jeans merupakan jenis seluar yang paling praktikal dan versatile. Ia boleh digayakan dengan apa jua pakaian dan boleh ditemui dalam pelbagai rekaan yang menarik. Amat sesuai dipakai sebagai “inner” jubah bagi menggantikan “pattycoat”.


3. Kemeja Putih

Ada lagi…. Majoriti berpendapat bahawa koleksi kemeja putih merupakan jenis pakaian yang wajib ada oleh bukan sahaja wanita, tetap setiap individu! Betul tak? Tepuk dada..jawab sendiri..hihihi


4. T-shirt Hitam
Tak dinafikan, hitam dan putih merupakan dua warna selamat yang sesuai dipadankan dengan apa jua warna. Mudah untuk digayakan dengan jaket bewarna putih. Pasti menyerlah warna hitam-putihnya.


5. Yoga Pants / Leggings
Pastinya, setiap dari kita mempunyai yoga pants samada dipakai ketika tidur atau dijadikan pakaian dalam yang dipakai menggantikan skirt!


Wednesday, December 16, 2015

DYLEA ~SEMI INSTANT SHAWL (DOUBLE LOOP)

Dylea In Turquoise Green

Dylea In Beaver

Dylea In Bright Khaki
Dylea didatangkan dengan material fabrik heavy chiffon yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna silver.
Senang dibentuk dan mudah untuk digayakan.

Untuk Order,

1. Whatsapp : +6 019-955 4545 (Mega) / +6 014-823 0230 (Aiman)

Tuesday, December 15, 2015

FIORE ~RM39 (tidak termasuk harga pos)

FIORE IN BLACK
 

FIORE IN PINK 

 

Berminat : PM/WA 
019 955 4545 (mega)

Sunday, December 13, 2015

CASSANDRA ~RM35 (tidak termasuk harga pos)



Type: Long Shawl (Leaf Shape)

Material: Heavy Chiffon Georgette

Design & Measurement:
  • Length: 200 cm @ 78.7"
  • Width: 70 cm @ 27.5"

Sesiapa yang berminat boleh Whataspps :
0199554545 (Mega)