Monday, December 26, 2016

Mee hoon rebus

Bahan-bahan kisar untuk kuahnya
5 ulas bawang putih
3 labu kecil bawang besar
4 tangkai cili padi

Air secukupnya
Cuka secukupnya
1 kiub pati ayam
Isi ayam - potong dadu
1 paket Fish ball
4 biji telur ayam
4 paket bihoon - rendam sehingga lembut

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau + 1 kiub pati ayam.

2. Masukkan isi ayam + fish ball + air.

3. Setelah air mendidih kecilkan api, masukkan telur satu persatu. Setelah telur putih memekat, asingkan telur tersebut dlm bekas lain (supaya telur kuning kekal cair).

4. Masukkan cuka + garam + gula secukup rasa. Masukkan bihoon. Masak sehingga bihoon lembut. Hidangkan bersama2 telur yg telah diasingkan itu. Sedap dimakan ketika masih panas.

Selamat mencuba 🤗🤗🤗

Wednesday, November 16, 2016

Kunjungan Yang Tak Disangka-sangka!!

15 Nov 2016 (Selasa)
9.45 pagi
Aku sedang minum teh tarik di kantin sekolah bersama-sama chah. Tiba-tiba mendapat call dari Ezmah. Suspen juga bila Ezmah bagitahu ada seseorang nak berjumpa dengan aku. Aku pun bergegas ke tempat rehat di hadapan bilik aku. Terkejut juga kerana susuk tubuh seorang lelaki yang aku nampak berada di situ.

Ahhh bila terpandang wajahnya, aku seakan-akan mengimbau kembali wajah-wajah anak-anak didikku di SPA. Tak salah lagi, dia salah seorang anak didikku yang aku ajar hampir 26 tahun dulu! Aku menjadi guru kelasnya ketika itu iaitu kelas 6A3. Masa itu, aku baru saja bertugas sebagai guru..baru setahun jagung kata orang!

TQVM Hasmadi sudi bagi gambar ini.


Tapi sayang, aku tidak dapat bersembang lama dengan Hasmadi kerana dalam pukul 10 pagi aku ada mesyuarat dengan pengetua.

Jadi sebelum berpisah tu, sempatlah Hasmadi mengambil gambar ku,katanya kawan-kawannya nak lihat wajah cikgu sekarang...hihihi


dan bergambar juga dengan Hasmadi (terima kasih banyak-banyak sebab sudi bertandang ke sekolah cikgu dan juga masih mengingati cikgu).


Monday, August 15, 2016

Bersantai dengan kawan-kawan!

Bukan senang nak dapat peluang seperti hari ini...cuti sekolah (cuti peristiwa) sempena Kejohanan Sukan Tahunan SMKTP Kali Ke 47 semalam. Jadi hari ini sekolah aku cuti!Yeay....seronoknya.

Dalam pukul 8.30 pagi, aku dan Chah bertolak ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang akan join sama untuk breakfast di Mega View Hotel. Walk in je...
duduk-duduk kat sana sampai 10.30 pagi sambil makan-makan dan berborak-borak..menghilangkan stress!

Banyak juga pilihan untuk RM18
Apa lagi...makanlah. Bismillah..

Sudah bersarapan tu..bergambar kenangan pula..hihihi




Bergambar kat photobooth Mega View pula...

Mula-mula tu ingat nak balik je lepas bersarapan, tapi hari masih pagi...jom kita ke ECM pulak...sambil window shopping! Tapi terbelilah juga ... hemmmm
Sebelum balik tu, aku, chah dan ros basahkan tekak dulu di Black Canyon...

Terkejut kami...bila minuman dihidangkan!Rupa-rupanya kecil yang amat saiz cawan kopi tu!

Side menu...American Sandwich
 Hampir tengahari, kami bertolak balik ke SMKTP, hantar ros (keretanya di sana).

Kenangan yang akan aku rindui selepas aku pencen tahun depan.... bersantai dengan kawan-kawan seperjuangan!

Sunday, August 7, 2016

Blouse RM65

Measurement:
Size S: Length: 97cm Bust: 91cm Waist: 87cm Shoulder: 35.5cm Sleeve: 58cm
Size M: Length: 98cm Bust: 96cm Waist: 92cm Shoulder: 37cm Sleeve: 58cm
Size L: Length: 99cm Bust: 101cm Waist: 97cm Shoulder: 38.5cm Sleeve: 59cm
Size XL: Length: 100cm Bust: 106cm Waist: 102cm Shoulder: 40cm Sleeve: 59cm
Material: Crepe
Description: Front Zip for BF , Both Sleeve end with Zip , 2 Hidden Pocket.

Berminat pm 0199554545 (mega)

Sunday, July 31, 2016

Ketupat Sotong Trengganu Stail

Ketupat sotong merupakan masakan tradisional terengganu. Cara masaknya tidaklah rumit. Jom ikuti langkah-langkahnya...

Bahan utama ~ 10 ekor sotong saiz sedang
Lidi untuk cucuk sotong

Bahan inti :
Beras pulut + santan + hirisan halia + halba.

Bahan kuah :
Santan RM3.00
1 helai daun pandan
Hirisan halia
Halba
Gula + garam

Cara masak :
1. Isi pulut (bahan inti) dalam sotong kira-kira 3/4. Kemudian letak kepala sotong n sisipkan lidi supaya pulut tidak keluar.
2. Masukkan sotong yang sudah berinti ke dalam periuk.
3. Letakkan bahan kuah n masak sehingga sotong n intinya masak. Masak lebih kurang 20-30 minit dengan api sederhana. Bila sotong sudah bertukar warna pink tu..sudah masak. Bolehlah makan..
Selamat mencuba.

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Lama sudah Syu nak makan ketam. Jadi pada hari ini baru berkesempatan masak untuk menu tengah hari pada Sabtu ni.

Bahan utama ~Ketam 7 ekor (potong 2)

Bahan kisar
5 tangkai cili padi
Sedikit santan

2 batang serai dititik
Santan rm3.00
Air secukupnya

Cara masak
1. Satukan semua bahan. Letak separuh dulu santan.
2. Apabila ketam dah masak, masukkan separuh lagi santan yang berbaki. Letak garam n gula secukup rasa. Tutup api selepas 4-5 minit. Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Sunday, July 24, 2016

Ikan siakap masak kengsom

Salam. Atas permintaan along yang nak makan masakan kengsom jadi aku pun masak ajelah untuk menu tengah hari hari ini.
Pagi tadi angah pergi ke Nirwana beli seekor ikan siakap ...boleh tahanlah juga saiz ikan tu. Harganya dalam RM10++ gitu. Cukuplah untuk kami makan sebagai hidangan tengah hari bersama-sama nasi putih panas-panas.
 
Masakan kengsom ini kalu orang trengganu kita sebut singgang asam pedas. Kengsom tu panggilan untuk menu thai di kedai atau restoran.

Wednesday, June 22, 2016

Ayam Panggang berempah


Bahan :

1/2 ekor ayam ~ basuh dan toskan


Bahan tumbuk :  

6  ulas bawang putih
2  inci halia
1/2 sudu kecil lada hitam


Bahan sos :

2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
garam secukup rasa

Bahan pelengkap :
ubi kentang dan lobak merah

Cara memasak :
1. Gaulkan semua bahan tumbuk dan bahan sos sehingga sebati.

2. Gaul sebati dengan ayam + ubi kentang + lobak merah. Letak dalam pan ajaib dan bakar selama 20 minit.

3. Semasa masak tu, keluarkan kuahnya untuk mempercepatkan ayam itu garing! Sos itu boleh digunakan sebagai kuah.

Tuesday, June 7, 2016

Ayam Golek Terengganu Stail

 Hari ini masuk hari kedua ramadhan. Semalam angah dan adik-adik masak nasi ayam untuk berbuka. Sedap sehingga menjilat jari gitu..hehehe

Jadi hari ini giliran aku pula masak dan sebagai memenuhi permintaan anak-anak, aku masak ayam golek tapi terengganu stail. Hari ini masak banyak sikit untuk hantar sebagai juadah berbuka puasa bagi keluarga yat, ti dan ma. Harap-harap tu cukup rasalah ye, almaklum bulan puasa ni, main campak je garam dan gula.

Bahan utama :

Ayam 2 ekor (potong 8)

Bahan kuah :

6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
6 sudu besar cili boh


RM6 santan
Gula melaka
3 keping asam gelugor
Sedikit halba
4 batang serai (diketuk sedikit)
Air secukupnya

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam kuali. Letak gula melaka/ gula + garam secukup rasa.
2. Masak sehingga ayam separuh masak.
3. Pindahkan ayam ke dalam pan ajaib dan panggang sehingga ayam masak.
4. Hidangkan ayam bersama kuahnya.

Dah siap untuk dihantar kepada yat ~ lauk berbuka hari ini
Ayam Golek Terengganu Stail


Thursday, June 2, 2016

Gulai ayam kunyit lengkuas




Hari ini teringin nak makan gulai kunyit lengkuas yang ma selalu masak semasa aku kecik-kecik. Teringin sangat nak makan tapi ma masak biasanya letak ikan. Kali ini aku letak ayam. Sedap juga.
Menunya mudah je..

Bahan utama :

1 ekor ayam potong kecil-kecil

Bahan kuah  (kisar semuanya):

2 labu bawang besar
5 tangkai cili padi (jika nok lagi pedas tu boleh tambah)
2 inci lengkuas muda
2 inci kunyit
air secukupnya

Bahan pelengkap :

Santan (RM3)
2 keping asam gelugur

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan kisar dalam periuk + ayam + asam gelugur + santan (letak separuh dulu) + air (setengah gelas). Masak sehingga ayam empuk.Masukkan garam + gula secukup rasa.

2. Tambahkan santan yang berbaki. Kacau sehingga rata dan masak dalam 2 - 3 minit lagi. Tutup api. Siap untuk dimakan. Makan dengan nasi panas ...sedap tau!

Ikan tenggiri masak merah

Ini adalah resipi tok ma. Masakannya mudah saja tapi sedap tak terhingga. Sebenarnya sudah agak lama jugalah, aku tidak masak lauk ini kerana harga ikan tenggiri yang melambung naik mahalnya dan juga kerana sukar untuk mendapatkan ikan tenggiri yang segar.

Bahan utama :

Ikan tenggiri ~ 3 keping (1/2 kg) ....goreng (lumur garam sahaja)

Bahan kuah :

2 labu bawang besar (kisar halus)
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Air secukupnya.

Cara masak :
1. Tumis bawang + cili boh sehingga garing (masukkan sedikit air semasa menumis).

2. Masukkan sos tomato + kicap manis + kicap masin + gula. Saya tak letak garam sebab sos-sos tu sudah masin. Kemudian masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul seketika supaya kuah bersebati dengan ikan. Siap. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.





Sunday, April 24, 2016

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Rasanya sudah agak lama aku tidak update blog ini tentang masakan. Hari ini terpanggil untuk masukkan resipi yang menjadi kegemaran ramai ini terutamanya bagi mereka yang menyukai masakan pedas.Hari ini masak masakan orang nogori sembilan. Rasa-rasanya ada yang dah boleh agak masakan apa tu. Sudah pastinya masak lemak cili padi...hehehe kat tajuk pun dah bagi tahu!

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam potong kecil-kecil. Ayam ini hendaklah dipanggang dalam pan ajaib bertujuan untuk membuang airnya dan bagi kulitnya sedikit garing!

Bahan kuah :

1 inci kunyit hidup + 10 tangkai cili padi (letak lebih jika suka lagi pedas) + santan (sedikit je letak) = blend hingga semua sebati dan hancur

400 ml santan (saya guna santan kotak je)

1 biji ubi kentang - potong 4

4 batang serai - titik sedikit

2 keping asam gelugur

1 gelas air

Cara masak :

1. Satukan semua bahan kuah dalam periuk. Santan letak separuh sahaja.

2. Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan ayam + separuh lagi santan.

3. Letak gula + garam secukup rasa. Masak 2 - 3 minit lagi. Tutup api. Siap

Selamat mencuba.


Saturday, March 12, 2016

Beef Steak



Baru-baru ini, angah masak lagi beef steak atas permintaan si syu dan kami semua. Sedap .. seperti masakan tok ma pun ada.
Asal resipi beef steak ini pun daripada tok ma. Beef steak ini  sedap makan bersama-sama roti. Jika nak cuba resipinya, klik sini

Wednesday, March 9, 2016

Hotfix applicator wand - PINK...harga SALE RM55

 

Tinggal SATU set je lagi.
Sale pd harga RM 55 inc pos atau RM 100 (plus 1490pcs hotfix mix sizes rhinestones)

Sale sehingga 15/3 atau sehingga stok masih ada.

WA/telegram +60139144567

Thursday, February 25, 2016

Eloisa ~ Instant Shawl












Assalamualaikum wbt. Miliki Instant shawl Eloisa yang memang mudah digayakan dalam masa 10 saat sahaja, selesa dan sudah pastinya dapat menyerlahkan keanggunan anda. Eloisa diperbuat daripada material heavy chiffon yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna emas.

HARGA
• Malaysia - RM53.00
• Singapore & Brunei - USD12.72
.
PENGHANTARAN
• Semenanjung Malaysia - RM7.00
• Sabah - RM11.00
• Sarawak - RM10.00
• Singapore - USD12.72
• Brunei - USD15.12

Untuk order : whatapps
+60199554545 (Mega)

Friday, February 19, 2016

Senyumlah!

http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/cq38U 

http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/cq38U 

http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/cq38U 
Senyumlah walaupun anda menghadapi masalah atau stress!
Klik gambar untuk lihat bagaimana senyum boleh merapatkan silaturahim!

Thursday, February 11, 2016

Shawl Chantal Yang Eksklusif!

http://simplehijab.co/item/79-chantal-in-black?id=28761

http://simplehijab.co/item/81-chantal-in-dark-brown?id=28761

http://simplehijab.co/item/86-chantal-in-dark-grey?id=28761

http://simplehijab.co/item/88-chantal-in-forest-green?id=28761

http://simplehijab.co/item/83-chantal-in-punch?id=28761

http://simplehijab.co/item/84-chantal-in-purple?id=28761

http://simplehijab.co/item/85-chantal-in-steel-blue?id=28761

http://simplehijab.co/item/87-chantal-in-turquoise-green?id=28761

Assalamualaikum. Jangan lupa untuk miliki Instant Shawl Chantal sekarang juga. Gayakannya dalam masa 10 saat sahaja. Chantal didatangkan dengan material fabrik European Crepe Chiffon yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas, ditatahkan dengan chunky beads, serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna emas.
Koleksi Chantal ini juga didatangkan dengan kotak eksklusif yang membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan hadiah. Terutamanya ketika hari lahir dan dijadikan hantaran ketika majlis perkahwinan.
HARGA
• Malaysia - RM83.00
• Singapore & Brunei - USD19.92
PENGHANTARAN
• Semenanjung Malaysia - RM7.00
• Sabah - RM11.00
• Sarawak - RM10.00
• Brunei - USD15.12
• SIngapore - USD12.72
Chantal tampil dengan pelbagai pilihan warna. Untuk pembelian, boleh hubungi kami melalui whatapps :

+60199554545 (Mega)
+60148230230 (Aiman)


atau klik aje gambar kat atas tu untuk membeli & bayar secara internet banking!
 

Tuesday, January 26, 2016

WARNA BARU TUDUNG LOVELIA DOUBLE LOOP





WARNA BARU STOK!!
Assalamualaikum. Jangan lupa untuk miliki Lovelia double-loop semi instant shawl yang sangat selesa dan mudah dipakai hanya dalam masa 15 saat sahaja. Lovelia diperbuat daripada material heavy chiffon yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna silver.

HARGA
• Malaysia - RM45.00
• Singapore & Brunei - USD10.80
PENGHANTARAN
• Semenanjung Malaysia - RM7.00
• Sabah - RM11.00
• Sarawak - RM10.00
• Singapore & Brunei - USD9.84

Nak order :
+60148230230 (Aiman)
+60199554545 (Mega)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...