BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, July 31, 2016

Ketupat Sotong Trengganu Stail

Ketupat sotong merupakan masakan tradisional terengganu. Cara masaknya tidaklah rumit. Jom ikuti langkah-langkahnya...

Bahan utama ~ 10 ekor sotong saiz sedang
Lidi untuk cucuk sotong

Bahan inti :
Beras pulut + santan + hirisan halia + halba.

Bahan kuah :
Santan RM3.00
1 helai daun pandan
Hirisan halia
Halba
Gula + garam

Cara masak :
1. Isi pulut (bahan inti) dalam sotong kira-kira 3/4. Kemudian letak kepala sotong n sisipkan lidi supaya pulut tidak keluar.
2. Masukkan sotong yang sudah berinti ke dalam periuk.
3. Letakkan bahan kuah n masak sehingga sotong n intinya masak. Masak lebih kurang 20-30 minit dengan api sederhana. Bila sotong sudah bertukar warna pink tu..sudah masak. Bolehlah makan..
Selamat mencuba.

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Lama sudah Syu nak makan ketam. Jadi pada hari ini baru berkesempatan masak untuk menu tengah hari pada Sabtu ni.
Bahan utama ~Ketam 7 ekor (potong 2)
Bahan kisar
5 tangkai cili padi
Sedikit kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
Sedikit santan

2 batang serai dititik
Santan rm3.00
Air secukupnya

Cara masak
1. Satukan semua bahan. Letak separuh dulu santan.
2. Apabila ketam dah masak, masukkan separuh lagi santan yang berbaki. Letak garam n gula secukup rasa. Tutup api selepas 4-5 minit. Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Sunday, July 24, 2016

Ikan siakap masak kengsom

Salam. Atas permintaan along yang nak makan masakan kengsom jadi aku pun masak ajelah untuk menu tengah hari hari ini.
Pagi tadi angah pergi ke Nirwana beli seekor ikan siakap ...boleh tahanlah juga saiz ikan tu. Harganya dalam RM10++ gitu. Cukuplah untuk kami makan sebagai hidangan tengah hari bersama-sama nasi putih panas-panas.
 
Masakan kengsom ini kalu orang trengganu kita sebut singgang asam pedas. Kengsom tu panggilan untuk menu thai di kedai atau restoran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...