pengalaman hidupku, yang baik jadikan teladan; yang buruk jadikan sempadan!
Pages
▼
Monday, October 18, 2010
Menu minum petang...simple aje!
Menu minum petang familiku minggu lepas agak ringkas iaitu keropok keping dan cucur segera (cucur perasa udang Adabi) yang digoreng oleh Wani. Tapi tanpa lada pencicah sudah tentu tak lengkap jadinya. Nasib baik suami tercinta pandai membuat sos lada ini. Ikutilah resipi ringkas berikut : Bahan-bahan membuat sos lada :
2 camca besar cili boh semangkuk air asam jawa 1 camca kecil cuka sedikit belacan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Semua bahan diletakkan dalam periuk kecil dan dimasak menggunakan api sederhana.
2. Setelah agak pekat angkat dan hidangkan bersama-sama keropok keping dan cucur udang.
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)