BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, October 23, 2010

Temu janji angah...

Jumaat, 22 Okt., 2010

2.45 petang

Aku dan Angah bertolak ke KMC untuk menghadiri temu janjinya dengan doktor pakar tulang, Dr Mohammad Nor. Setelah parkir di tempat letak kereta, aku meminta angah menyemak kad temu janji tersebut. Tersentak aku, apabila angah tiba-tiba menjerit! Lantas aku bertanya kenapa?
Rupa-rupanya temu janji angah pada 26 Okt. iaitu hari Selasa depan! Takkan aku nak balik semula, sedangkan sudah sampai di KMC. Jadi kami teruskan aje temu janji tersebut (setelah mendapat kebenaran pihak pendaftaran KMC).


3.00 petang

Aku dan angah menunggu lebih kurang 15 - 20 minit....sebelumnya tiba 'turn' angah. Mengantuknya aku...mungkin kerana perut kenyang selepas makan nasi berlaukkan tumis air bayam dan cicah ikan goreng dengan sambal belacan.

3.30 petang

Angah dipanggil berjumpa doktor. Seperti biasa, aku menemani angah. Alhamdulillah doktor menjelaskan keadaan angah semakin baik. Tidak perlu lagi menjalani sesi fisioterapi, cuma perlu melakukan senaman 'rengangan' di rumah. Jadi tak perlu lagi mengunjungi KMC selepas ini....

4.00 petang

Aku dan angah tidak terus pulang, sebaliknya ke Mega Mall. Aku membelikan beg tangan Polo untuk angah bergaya ke Majlis Promnya nanti. Seronoknya angah tak terkira, senyum sampai ke telinga. Aku pun turut gembira... dan bersyukur.

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Semuanya berkat doa semua ahli keluarga utk melihat Angah kembali seperti biasa... berbaloi beli beg polo tu utk Angah... bukan semata2 utk malam prom tetapi juga sebagai hadiah kerana berdisiplin menjaga kesihatan...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ros, bukannya senang nak pujuk angah supaya sentiasa buat senaman ni...sentiasa kena ingatkan!Tapi alhamdulillah, angah dengar nasihat emaknya ni..:)

    ReplyDelete
  3. haha.cane lah blh silap tgk tarikh tuu?wuuu beh nye blh shoping lakk.bagye sakan nmpk angah.heee

    ReplyDelete
  4. itulah along,asyik duk ingat mlm prom nya je.. tu yg tersilap tarikh, sat ni baru je duk posing dgn baju promnya.......bergaya habisss...angah

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...