BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, November 3, 2010

Banjir Menerjah Lagi!

gambar: google.com
November, 2010

Ketika ini negeri-negeri di utara dilanda banjir dengan teruknya. Termasuklah kampung halamanku di Kuala Terengganu. Lazimnya rumah ma dan bak akan dimasuki air hujan (jika hujan terlalu lebat~air bah kilat berlaku) dan mengambil masa agak lama untuk surut kembali. Namun tahun ini, aku agak lega kerana ma dan bak kini tinggal di rumah yat. Jadi tak perlulah memikirkan keselamatan ma dan bak ketika tibanya musim banjir....

Namun, setiap kali tibanya musim banjir ini...pasti aku teringatkan peristiwa banjir pada tahun 2001! Memang membawa kenangan yang tak dapat dilupakan, jadi kita kembali ke tahun 2001, mengimbau kenangan banjir yang aku alami...!

Januari, 2001

Aku dan famili mula menyewa rumah di Taman Sg. Isap Damai pada bulan Januari, 2001. Memang sebelum itu, kami sudah tahu kawasan perumahan ini pernah dinaiki air bah tetapi hanya sedalam satu kaki (sebagaimana takat air bah yang melekat di dinding rumah sewa ku). Jadi kami beranggapan tidak perlu dirisaukan tentang banjir ini, walaupun ramai rakanku memberitahu bahawa kawasan tersebut sering dilanda banjir!

November, 2001


gambar:google.com

Berita di Buletin Utama TV3, memaparkan kawasan amaran yang dinaiki air dan penduduknya perlu berjaga-jaga untuk diarahkan berpindah! Aku dan suamiku sudah mulai risau kerana ketika itu bahagian dapur telah dimasuki air...jadi kami perlu berjaga-jaga. Tambahan pula, ketika itu, aku baru sahaja habis pantang melahirkan anakku yang kelima iaitu Syu.

Bagi memastikan keselamatan kami sekeluarga, akhirnya kami berpindah ke rumah Yat. Selama di rumah Yat, aku mengikuti perkembangan banjir melalui Buletin Utama TV3. Kawasan Taman Sg. Isap Damai dilanda banjir dengan teruknya. Air bah mencecah bumbung rumah sewa ku. Hampir seminggu keadaan banjir ini berlarutan.

Apabila penduduk dibenarkan pulang, suamiku bersama rakan-rakan sepejabatnya menjenguk rumah sewa kami. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati keadaan di dalam rumah bagaikan 'tongkang pecah dilanda tsunami'!.
Banyak barang berharga tidak dapat diselamatkan. Dan yang paling sedih, sijil perkahwinan aku kini tiada gambar suami (menjadi putih tanpa gambar)! Begitu juga dengan sijil-sijil alongku, semuanya rosak, kesian sungguh along!

Kami bagaikan orang pelarian, pakaian hanya sehelai sepinggang, tapi nasib baik bagiku sebab dapat membelinya di Tunas Manja sebab kami ada duit!. Bayangkan mereka yang tiada duit..lagilah menyedihkan!

Kami menumpang di rumah Yat selama sebulan sebelum kami berpindah ke rumah sewa yang baru. Kami sudah serik untuk tinggal semula di rumah sewa lama itu. Kini aku dan famili tinggal di tempat tinggi supaya kejadian banjir pada tahun 2001 tidak berulang lagi.


"Kenangan pahit ini akan tetap terpahat dalam sanubariku, akan diingati sehingga ke akhir hayat dan menghantuiku
setiap kali musim bah melanda!"

6 comments:

  1. bimbang bajir ni berlaku...insyaAllah takat ni rumah kami ni tak lah banjir ...bimbang kena panggil jadi petugas banjir !!! ( takat ni tak ade le...mereka yang terlibat je...mana tau sebab sekarang saya sudah tukar sekolah yang pernah kena tempat air naik bertakung !!! )

    ReplyDelete
  2. mudah2an bencana banjir ini akan beransur baik. Sekolah tempat saya bertugas juga sering naik air, sebab itu pengetua sering ingatkan semua guru letakkan barang ditempat tinggi!

    ReplyDelete
  3. baru nampak entri ni..
    sijil-sijil yang lama tu tak bole buat baru ke kak?

    ReplyDelete
  4. salam ferry, sijil tu x boleh buat baru, tu yg sedey!

    ReplyDelete
  5. sejak akhir2 ni, dunia sering dilanda bencana luar biasa... menakutkan je!!
    font colour buatkan mata saya berpinar2... :)

    ReplyDelete
  6. salam cik suri,

    betul tu.., ops sorry, kak dah tukar warnanya!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...