Menjelang saja cuti sekolah, bermakna semua anak berkumpul di rumah. Tiada lagi tuisyen atau kelas tambahan. Jadi kerja aku pun dah berubah daripada menjadi drebar menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen, kini menjadi tukang masak pusat 'Cybercafe'. Jangan terkejut, bukan pusat cybercafe betul-betul tapi suasana di rumah aku kini yang macam cybercafe.
Kenapa?
Apa tidaknya, semua anakku berebut-rebut nak bermain 'games' online!. PC di rumah 24 jam online, begitu juga laptop aku! Malah aku pun terpaksa je mengalah beri peluang kepada anak-anakku menggunakan laptopku (hanya cuti sekolah je~sebab tiada kerja sekolah!). Bila dah lapar tu, baru anak-anakku menjengok ke dapur, cari makanan!.
erk..tak dapat la mama dia berblog..heheh
ReplyDeleteferry~tetap berblog cuma sekejap2 je lah:)
ReplyDeleteMama kena bagi peluang kat anak-anak.
ReplyDeletezmah ~ tu yg kena online tengah mlm, time anak2 dah tidur!
ReplyDeletealahai anak2..enjoy cuti sakan yer...hihihi
ReplyDeletelia~memang pun, x lepas peluangnya main games online sebab time cuti je dpt main!
ReplyDelete