BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, December 2, 2010

Tuntutan Fardhu Kifayah

1 Disember, 2010
8.00 malam

Usai solat maghrib, aku menyuruh anak-anak membaca al-Quran sebelum membuka komputer.
"Ding-dong...ding-dong", loceng rumahku berbunyi 2 kali. Siapa gerangannya yang menekan loceng di kala maghrib begini, jika tiada mustahaknya.

Wani yang membuka pintu, melaung memberitahuku,"mak, Cikgu Jamilah". Aku bergegas keluar, kerana pasti ada yang penting jika Cikgu Jamilah bertandang ke rumahku. Cikgu Jamilah adalah jiranku, memberitahu,"suami Kak Leha meninggal di hospital kerana sakit kencing manis." Oleh kerana nampak aku terpinga-pinga, Cikgu Jamilah meneruskan bicaranya,"mungkin Mega tidak kenal, sebab rumahnya di lorong belakang rumah Kak Milah". Aku hanya mengangguk mengiakannya.

2 Disember, 2010
7.45 pagi

Aku baru pulang menghantar angah yang menduduki SPM dan singgah membeli sarapan pagi di kedai Mak Su.

8.00 pagi

Aku nampak Haji Zainal dan Kak Som berjalan bergandingan, menuju ke rumah Kak Leha. Jadi aku hanya angkat tangan sebagai tanda menegur.
Semasa aku membuang sampah ke dalam tong sampah di hadapan rumahku, aku nampak Kak Som di hadapan laman rumahnya. Jadi aku pun bertanya,"Kak Som sudah balik melawat ke?". "Belum, tunggu Abang Haji ni ha..", jawab Kak Som.

Kesempatan itu aku gunakan untuk bertanya lokasi rumah Kak Leha, sebab sememangnya aku tidak kenal siapa Kak Leha ini, walaupun tinggal berdekatan.

Almaklumlah zaman sekarang, jiran sebelah rumah pun kadang-kadang kita tidak kenal! Inikan pula jiran lorong-lorong lain! Nasib baik aku kenal jiran-jiran selorongku,he,he,he...kira oklah tu.

8.20 pagi

Aku dan ditemani Ira pun melawat Kak Leha walaupun aku tidak kenalnya secara peribadi, tetapi sebagai seorang jiran, aku rasa bertanggungjawab melawat Kak Leha sebagai tanda simpatiku terhadapnya yang baru kehilangan suami tercinta. Setelah selesai membaca surah Yasin, aku memohon diri untuk pulang, dan Kak Leha sempat berkata ketika aku bersalaman dengannya,"terima kasih kerana sudi datang".

Semasa berjalan pulang, aku merasa lega kerana selesai menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang jiran dan juga sebagai seorang Islam, walaupun ini hanya tuntutan fardhu kifayah!

2 comments:

  1. kat sini saya tak kenal sangat jiran satu floor ni..huhuhuhu..

    p/s : lebey kurang je snow ngan ais kat fridge..especially snow yang dah 2-3 hari..camtu la rasa dia..

    ReplyDelete
  2. has~mcm tu ya rasa saljinya, tapi teringin nak rasa salji sebenar!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...