Khamis, 13 Januari, 2011
Hari ini, aku gagahkan diri menulis, walaupun diri masih terasa lemah! Sendi-sendiku masih lagi terasa sakitnya dan kepalaku masih lagi pening-pening! Ini semua bahana demam denggi yang aku hidapi hampir 10 hari yang lepas! Ikutilah rentetan peristiwanya di sini....
Khamis, 30 Disember,2010
Aku menghadiri mesyuarat guru sekolah ku di Hotel Grand City jam 8.00 pagi. Ketika itu, aku dah demam....ingatkan demam biasa aje. Namun aku sudah rasa ada kelainan pada demamku ini, iaitu sakit seluruh urat sarafku terutama bahagian pinggang, mata dan kepala! Pagi tu aku dah makan 2 biji panadol... namun demamku masih tidak kebah!
Sebelah malamnya, aku bersama suami ke klinik Syed Badaruddin, mengambil ubat demam, dan antibiotik! Doktor mencadangkan aku mengambil ujian darah untuk mengesahkan sama ada aku menghidap demam denggi atau sebaliknya!
Oleh kerana apabila aku makan ubat, demamku mulai kebah, jadi aku tidak pergi ke hospital untuk mengambil ujian darah! Rupa-rupanya tindakan aku ini membahayakan diriku...kerana selepas demamku kebah, aku mulai muntah dan cirit-birit! Tubuhku menjadi tidak bermaya!!
Ahad, 2 Januari, 2011
Aku dan suami terus ke Kuantan Medical Centre (KMC), untuk mengambil ujian darah...dan disahkan aku diserang demam denggi. Ketika itu platelet darahku 120. Aku terus dimasukkan ke dalam wad. Pada hari-hari berikutnya, platelet darahku makin merundum jatuh ke 62 dan seterusnya 52. Doktor menasihatkan aku supaya kuatkan tekad makan dan minum air dengan banyak!
Alhamdulillah, berkat sokongan yang diberikan ahli keluargaku....Yat ( memasak sup ketam, jus betik), along dan angah yang bergilir-gilir menemaniku di wad serta suami tercinta yang setia menghantar menu harianku (sup ketam dan air 100 plus ~ telah dibuang gasnya) , juga Ti yang sentiasa bertanya khabarku melalui pesanan smsnya, aku akhirnya pulih!
Aku amat bersyukur kerana adanya ma, yang sentiasa mendoakanku dan membuat sembahyang hajat supaya aku cepat sembuh! Betullah doa seorang ibu amat berkat....aku bersyukur !!
Jumaat, 7 Januari, 2011
Aku akhirnya dibenarkan pulang, setelah doktor berpuashati dengan keputusan platelet darahku yang meningkat ke 150.
Walaubagaimanapun, aku diberi cuti sehingga 11 Januari, 2011.
Jadi semasa aku menulis n3 ini, aku baru bertugas 2 hari....badan masih terasa lemah, tetapi demi tugas mengajar anak bangsa, aku gagahi juga!
Syukurlah dah sihat..ada soal jawab dengan jabatan kesihatan tak? rumah dah kena sembur belum?
ReplyDeletesalam ferry,
ReplyDeletememang pegawai kesihatan dah dtg jumpa masa kat wad, ada 2 org pegawai kesihatan dtg rumah...check n fogging kawasan rumah juga!
Alhamdulillah dah ok juga.. patutlah menghilang.. hehe.. na.. nasib bukan saya yang siasat.. hehe.. sal sya punya bahagian tu.. ahakz..
ReplyDeletesmoga cepat brtenanga balik k :)
ReplyDeleteya Allah kak..tak tau pon..ingatkan akak bizi ngan sekolah..huhuhu..tapi alhamdulillah..akak dah makin sembuh..jaga diri akak bebaik ek..
ReplyDeleteha'ah, org kata kalau demam denggi minum air 100 plus banyak2, katanya dapat cuci darah..
Jom join :Ada 2 contest yang boleh disertai
Salam kak teratai,
ReplyDeletePatutlah lama menyepi..rupanya..
Get well soon, sis..
Rabbishfina min kulli bala'..ameeen..
semoga semakin sembuh...semakin sihat terus menjalankan tugas....panggil doktor beri ceramah kesihatan untuk LDP
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ea kak :)
ReplyDeleteksian kat akak..dah lama x menjenguk..alhamdulillah akak selamat..moga cepat2 sembuh,aminn..
ReplyDeleteharap akak dah semakin kuat skang..
ReplyDeleteJom skodeng :Pendapatan Sampingan Berblog dengan HeartBeat.my