Dalam duk cari makanan tu, aku pun ternampaklah seorang pengemis ni, siap pakai songkok duduk bersila di tepi satu gerai. Jadi akupun keluarkanlah duit RM1 untuk disedekahkan kepada si pengemis ini. Tup-tup aku dihalang oleh angah! Sambil angah menarik tanganku dan berkata,"nanti angah ceritakan..." Anak-anakku yang lain hairan melihat keadaan itu!
Angah pun berceritalah, bahawa si pengemis tu, bukannya beragama Islam, tapi sebenarnya beragama budha (si pengemis ini memakai rantai ada gambar budha yang di selitkan dalam bajunya). Tapi yang aku terkejutnya apabila angah memberitahu aku, duit hasil sedekah itu digunakan untuk membeli TOTO!!
Penipu betul si pengemis ini. Jadi sebelum bersedekah tu, pastikan si pengemis tu betul-betul tak berupaya bekerja dan hasil duit tu digunakan untuk kebaikan! Jangan tertipu seperti aku!
tu la kadang2 x nak bg, bukan sahaja menipu sendikit pengemis pun byk.. bila ramai bg, makin ramai yg mengemis..
ReplyDeleteniat baik org diambil kesempatan plak
makin byk sindiket camni kan??
ReplyDeletekadang-kadang mereka gunakan duit tersebut utk beli rokok, berkepul asap rokok dengan penuh gaya di tepi jalan... walhal baru sahaja dtg dengan muka sedih utk meminta sedekah... macam2 nak hidup. Kita pun rasa ralat jika bagi duit kpd spesis seperti ini...
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletegnesop.com~betul tu, ini yg membuat kita kecewa n kesian juga yg dipaksa menjadi pengemis cth kanak2 yg dipergunakan oleh sindiket ini!
nur aisya humaira~betul mcm cendawan tumbuh lepas hujan, terutama di bandar2 besar spt K.L..
ros~itulah yg saya terkilan sangat apabila diberitahu angah, sbb rajin juga beri duit kpd pengemis tu bila gi pasar mlm!