Pages
▼
Wednesday, February 9, 2011
Hari ini, aku menjadi "Ustazah"
Rasa berdebar-debar tu memang ada apabila aku diminta mengajar PAFA bagi pelajar Islam yang akan menduduki SPM tahun ini.
Kelasnya bermula hari ini, iaitu jam 8.05 pagi hingga 9.15 pagi. Pelajarnya tak ramai iaitu lebih kurang 12 orang. Tajuk pertamanya ialah Solat Jenazah!
Mula-mula pengajaran, aku minta seorang pelajar membaca surah Al-Fatihah, sengaja aje aku suruh baca..nak menguji bacaannya. Walaupun pelajar-pelajar ini dari kelas yang agak lemah, alhamdulillah mereka boleh menjawab soalan-soalanku tentang solat fardhu!
Seterusnya, aku soal bab-bab penting dalam solat jenazah...pun mereka boleh jawab, walaupun bacaan doa dalam solat jenazah ini mereka sudah lupa!
Aku begitu teruja untuk mengajar mereka lagi, terutamanya apabila salah seorang pelajar ini memanggilku....."ustazah".
Kadang-kadang seronok juga bertukar 'title' ini...dan apa yang diajar, sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuanku dalam perkara-perkara yang sebelum ini aku tidak tahu atau tidak ambil peduli!! Aku bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang ini......
hehehe.comelnya ustazah!pluang jgn disia2kan.weee~
ReplyDeletehehehe..tukar title erk kejap...
ReplyDeletetahniah ustazah..
ReplyDeletemeh jengah sini.. mari jawab soklan bonus..
http://www.kakyong.com/2011/02/jawapan-uji-minda-di-hari-ahad-6.html
tahniah kak..pengalaman yang tak boleh beli ni..
ReplyDeletemana banner hb akak?
Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk
KEKADANG MEMANG KITA LUPA APE YANG TELAH KIGA PELAJARI...AT LEAST BLEH INGATKAN BALIK SAMBIL MENGAJAR ANAK
ReplyDeletewaaa...
ReplyDeletejadi ustazah yek...kena jadi garang x ngajar budak2 zaman skrg ni?
heheh
salam crayon,
ReplyDeletememang kena garang esp. kelas2 yg agak kebelakang...tp garang bertempat!he,he..
wahh pengalaman satu lam sejuta tuh....
ReplyDeletebetul tu tonah...peluang yg tak mungkin dpt banyak kali! sambil mengajar juga mengingatkan diri sendiri!
ReplyDelete