~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong!
~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.
~ Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.
~ Habitat Flora dan Fauna Musnah
Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan paya air masin!
~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.
~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.
Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!
air itu penting.. kalau dah tercemar.. huhu..
ReplyDeletesebab tu kena pastikan sumber air sentiasa bersih! bayangkan tiada lagi air bersih di bumi kita, apa akan jadi??
ReplyDeleteckgu mcm mna kalo sy nk kaitkn kesan pncmrn sngai dgn pnyakitt ? ..sy sgt mmrlukannya..
ReplyDeleteAnonymous~penyakit drp air yg x bersih spt taun atau kolera akibat banjir berterusan! Juga boleh menyebabkan penyakit kulit spt gatal-gatal di seluruh badan, kaki dan tangan.
ReplyDeletebila la msalah air nie akan berhenti..setiap hari ada je masalah tentang pencemaran air nie berlaku...sy harap pihak berkuasa dapat menangani masalah ini!!!!
ReplyDeletesaya harap pihak berkuasa dpt menangani masalah pencemaran air ni!!!
ReplyDeletecikgu macam mana cara cara hargai sungai? thanks :D
ReplyDeleteBoleh ke link ini
Deletehttp://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-mengurangkan-pencemaran-air.html#axzz2evEAsj6t
ReplyDeletea best slaid
good
ReplyDeletetolong saya stres kerja kursus geoooooooooooooooo
ReplyDeletesaya pun ada kerja kursus
Deletepencemaran air buka kata menjejaskan kehidupan laut, malah kita juga sebagai salah seorang pengguna
ReplyDeleteTq dpt juga bt keja geo walaupon sedikit
ReplyDeleteSama-sama.
Delete