Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.
Bentuk pencemaran~
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:- Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon dan nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. (CFC),
- Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
- Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih.
- Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
- Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.
- Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan
- Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
- Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.
Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
Sumber : wikipedia ensiklopedia
kongsi yea...skrg tgh cari dn kumpul bhn2 tuk buat hasil kajian...
ReplyDeleteInsyaAllah lepas cuti ni..saya akan postkan dlm entri saya...
boleh,sama2 kita kumpul bahan ya. Saya buat pencemaran udara/air bagi kelas cerdik (kawasan kediaman mereka),bagi kelas agak lemah, saya pilih pencemaran bau di sekolah sebagai kawasan kajian.
ReplyDeletemenarik ..TK kongsikan maklumat ni..tak sangka ada macam kategori pencemaran.. mungkin link ini boleh digunakan sebagai sumber rujukan tambahan.
ReplyDeleteSalam
anonymous~terima kasih sudi berkongsi link:)
ReplyDeleteno prob.
ReplyDelete