Rabu, 20 April 2011
Aku memohon Cuti Rehat Khas (CRK) kerana menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan SMART dimana angah adalah salah seorang yang tersenarai sebagai penerima hadiah. Seawal jam 7 pagi, aku, angah dan ira bertolak ke sekolah dengan suasana gembira!
Di Dewan Al Falah~
Sebaik majlis nak dimulakan aku menerima sms daripada ti memberitahu keadaan bak tenat! Lebihkurang jam 8.00 pagi masa itu. Ketika membaca sms itu, hatiku sudah tidak keruan! Dalam duk berkira-kira untuk menelefon ti, aku menerima panggilan daripada ti, memberitahu bak sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah hirajiuun...yang pasti setiap yang hidup akan kembali menemuiNYA.
Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi. Dengan bercucuran air mata, aku meminta pengawas yang bertugas memanggil angah yang ketika itu berkumpul di Bilik TMK. Setelah itu, aku meminta angah memanggil ira di kelasnya.
Sementara menunggu angah itu, aku menelefon suamiku mengkhabarkan berita sedih ini dan memintanya menguruskan wani dan syu.
Bertolak ke k. trengganu
Setelah bersiap-siap ala kadar, aku dan famili bertolak balik lebih kurang jam 11 pagi. Kami tiba jam 2 petang. Yat dan familinya tiba lebih awal. Ketika itu rumah ma dah dipenuhi rakan taulan dan membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada bak. Ti dan familinya pula tiba lebih kurang jam 3.30 petang.
Bak disemadikan di perkuburan keluarganya sebagaimana yang diwasiatkannya kepada ma. Alhamdulillah semua urusan pengkebumian bak selesai selepas waktu asar.
Semoga roh bak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al Fatihah untuk bak....amin.
erm yelaa tekejut juga tbe2 pergi walaupun sblm tu cam dah okay. Tapelah Allah lebih mengetahui apa yg terjadi dan kita yg hidup kat atas muka bumi ni kena tetap meneruskan kehidupan dgn sebaiknya.
ReplyDeleteAl-Fatihah.
semoga roh ki bak ditempatkan bersama-sama orang beriman, al-fatihah...amin
ReplyDeletesemua yang hidup akan kembali jua...
ReplyDeleteal-fatihah untuk arwah...
ya cikgu CTE, semoga kibak ditempatkan bersama-sama org beriman...al-Fatihah
ReplyDelete