Artikel berkaitan
Sunday, August 14, 2011
Bawal Masak Stim/Rebus ala Thai
Sabtu, 13 Ogos,2011
Hari ini terasa pula nak makan masakan ala Thai. Jadi terfikirlah untuk masak bawal stim/rebus saja. Mudah dan ringkas di samping menyihatkan sebab tak perlu digoreng.
Bahan utama : 1 ekor ikan bawal
Bahan-bahan:
2 batang serai (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (mayang nipis)
1/2 labu bawang besar (mayang nipis)
1 inci halia muda (hiris halus)
5 tangkai cili padi(hiris halus)~boleh tambah jika suka pedas
2 - 3 sudu besar sos ikan Thai
1 - 2 sudu besar sos tiram cendawan
garam + gula
3 helai daun limau purut
1 - 2 biji limau kasturi/limau nipis
Cara memasak :
1. Letakkan ikan bawal dalam kuali non stick, gaul semua bahan dan lumurkan pada ikan kecuali air limau kasturi. Letakkan sedikit air. Tutupkan kuali.
2. Masak selama 10 - 15 minit,kemudian perahkan limau kasturi/limau nipis. Sedap dimakan semasa masih panas.
ps ~ keluarkan daun limau purut setelah memasak ikan lebih kurang 5 minit (untuk mengelakkan rasa pahit)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sesungguhnya saya sangat rindu nak masak.. tak sabar nak tunggu kitchen siap
ReplyDelete@e_da~tak pe,bila dah siap nanti masak puas2:)
ReplyDelete