Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
1.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
2. Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk
sumber : -Artikel Iluvislam.com
mudah2an tip ini dapat dihayati oleh para pelajar kita yea...
ReplyDeleteYang penting hati kena teguh.. sal kalau tak teguh, konfom 3 kat atas tu xdibuat2.. hehe..
ReplyDeletecikgu CTE~harap-harap pun begitu. Kita dah berusaha memberi yg terbaik buat mereka,jadi sekarang terserah kpd mereka pula utk merealisasikan impian menjadi kenyataan!
ReplyDeleteAretikz ~ betul tu, apa2pun tpulang kpd individu itu utk membuktikan kejayaan itu miliknya!
ReplyDeletesemoga yg bakal menduduki upsr nanti akan dpt menjawab soalan dengan mudah
ReplyDeletesy dlu study last minute.. keh3..
ReplyDeletect N honey~ sekiranya persediaan penuh di dada, insyaAllah:)
ReplyDeletesolihin zubir~last2 minute tu bahaya gak,...tp belajar jugak drpd x belajar langsung!
ReplyDeletekadang tgk sikap pelajar jd risau...yg nk upsr lg 2hr nk peksa..duk main elok ada huhu
ReplyDeletesuri solehah~kena bagi ruang utk relaks juga,insyaAllah boleh jwb tu...
ReplyDelete