Pages
▼
Sunday, October 9, 2011
Puding Taufufa
Semalam jiran depan rumah ada hantar nasi dagang pulut hitam. Jadi sebagai membalas bekasnya, aku pun selongkarlah almari mencari bahan buat puding. Nasib baik semua bahan ada, jadi terus saja aku memasak puding ini ~ yang memang digemari oleh kami sekeluarga.
Bahan-bahan puding :
1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
1 1/2 sudu besar gula
6 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
Bahan kuah puding :
1 tin fruit cocktail*
1 tin air (guna tin fruit cocktail)
3 - 4 sudu besar gula
Cara membuat puding :
1. Masakkan agar-agar serbuk + gula + air sehingga mendidih.
2. Masukkan susu cair + susu pekat. Masak lagi sehingga mendidih. Tutupkan api. Letak dalam acuan. Biarkan sejuk.
Cara membuat kuah puding :
1. Ambil air fruit cocktail + air + gula > masak sehingga mendidih.
2. Sejukkan.
p.s. sedap dimakan apabila puding dan kuahnya sejuk (letak dalam peti ais)
* boleh ganti dengan buah-buahan dalam tin dari jenis yang lain
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)