Menu ringkas untuk masa terhad~kurang 30 minit dah siap! Apa lagi kalau bukan resipi masak kicap, anak-anak pun suka makan!
Bahan utama ~ 2 keping ikan tenggiri (potong kecil) dan goreng.
Bahan kuah :
1 labu bawang besar (saiz besar) ~ mayang
6 ulas bawang putih ~ mayang
5 - 10 biji cili padi
1 mangkuk air asam jawa
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan air
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan air asam jawa.
2. Masukkan semua kicap + gula + air. Masakkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cili padi + ikan.
Masakkan 2 - 3 minit lagi dan angkat.
tak perlu masak yang mewah2 :)
ReplyDeleteTia ~ betul tu, masak yg simple-simple je tapi disukai ramai...:)
ReplyDelete