BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, December 17, 2011

Cuti-cuti Terengganu ~ Pantai Batu Burok (Part 1)


Pada cuti sekolah ini, aku dan anak-anak mengambil peluang balik kampung ke kampung aku di Batu Burok, Kuala Terengganu. Semasa di kampung, aku dan anak-anak tidak melepaskan peluang bersiar-siar di Pantai Batu Buruk yang memang tersohor sebagai pusat pelancongan pinggir laut di Kuala Terengganu. Kedudukannya yang hanya 1 km dari bandar Kuala Terengganu menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi pantai ini. Pantainya yang berpasir halus putih, dan luas dengan deretan pokok kasuarina menyajikan pemandangan yang sungguh cantik!




Sambil bersiar-siar itu, aku dan anak-anak bersama-sama tok ma, berhenti makan di deretan gerai yang banyak terdapat di situ. Kami menikmati kerepok lekor goreng, udang goreng dan fish ball goreng. Sementara tok ma pula minum air kelapa yang memang menjadi minuman kegemarannya.



11 comments:

  1. Cik tikah ~ sambil balik kampung, bersiar2 di pantai Batu Burok yang memang dekat dgn rumah!

    ReplyDelete
  2. masa rombongan tahun lepas saya ada dtg tempat ni.
    Saya suka keropok lekor terengganu.. memang WOW!

    ReplyDelete
  3. bakpe dok kabo blk kg..kalu dok boleh jupe ngan sy....

    ReplyDelete
  4. cikgu isza ~ betul tu, tapi kali ni saya balik kg x dapat beli keropok sebab x ada ikan, kedai yg biasa saya beli tu x buat keropok :(

    ReplyDelete
  5. cik dah faridah ~laaa...tak teringatlah pulok nok kabo, pada hal lama gok balik kali ini lebih kurang seminggu! Tak pe, kalu cik dah faridah mari sini, kabo ke kita, boleh gok jumpa:)

    ReplyDelete
  6. mama baru sekali je sampai ke trengganu & batu buruk !!..teringin nak dtg lagi..tenang & damai melihat pantainya..

    ReplyDelete
  7. dulu nak minum air kelapa dpn umah je,skang kena beli...hehe

    ReplyDelete
  8. mama aini ~ insyaAllah jika ada peluang tu, boleh bertandang lagi:)

    ReplyDelete
  9. cik aisha ~ itulah pokok kelapa pun jarang2 nampak sekarang! semua kena beli kan!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...