Pages

Sunday, December 25, 2011

Daging masak merah TM



Daging masak merah merupakan feberet keluargaku. Resipi ini aku dapat daripada tok ma (TM) tapi adalah aku ubah sedikit-sedikit resipinya. Ikutilah resipinya...

Bahan utama ~ 1 kg daging (hiris nipis)

Bahan kuah :

4 sudu besar bawang kisar
4 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa
1/4 keping nesan @ gula melaka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan pelengkap :

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
minyak secukupnya

Cara memasak :

1. Masukkan daging + semua bahan kuah dalam kuali. Masak di atas api yang sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Gaul sebatikan bahan semasa dimasak.

2. Setelah kuah daging agak pekat, masukkan bahan pelengkap dan gaul sebatikan. Masak lagi 2 hingga 3 minit, kemudian matikan api. Siap untuk dimakan dengan nasi putih atau roti.

4 comments:

  1. ehem sedapnya..nanti mama try resepi ni ya !!..thanks.

    ReplyDelete
  2. bila dah cuba, pasti jatuh cinta...he,he:)

    ReplyDelete
  3. assalam teratai..acik pun suka makan daging..nak buat macam mana kan..kalau ikutkan umur acik ni dah kena jaga makanan ..tapi daging acik tak boleh nak tolak..
    cantiknya apam yang ditayang kat n3 dulu.kalau acik pun memang tak sabo nak mewarna kan macam tu..

    ReplyDelete
  4. acik erna ~ makan sikit je tak pe kot!

    he,he...kita serupa, tak sabor!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)