Pages
▼
Friday, December 23, 2011
Ikan cencaru goreng berlada ala chek
Hari ini (Isnin : 19/12/11), aku masak ikan goreng cencaru ini atas permintaan along yang teringin nak makan ikan goreng ala-ala ikan goreng chek. Almaklumlah, along balik hujung-hujung tahun ini je agak lama dan di sana pun susah nak dapat ikan, jadi aku turutkan aje permintaannya. Ikutilah bahan-bahannya:
Bahan utama ~3 ekor ikan cencaru belah belakangnya untuk diisi rempah ikan!
Bahan rempah :
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa pekat
garam dan kunyit secukupnya
sedikit belacan
Cara membuatnya:
1. Sebatikan bahan rempah. Kemudian sumbatkan bahan rempah dalam perut ikan dan belakang ikan yang telah dibelah.
2. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat setelah rempah garing. Siap untuk dimakan semasa panas-panas dengan nasi putih panas.
jeles mama tgk ikan goreng berlada ni..hu2x..mama tak makan ikan dr kecil lagi,mujur ank mama blh makan ikan..jadi selalulah juga masakkan ikan utk en.hb & anak..he2x..
ReplyDeleteadeh.. tertelan air lur tengok ikan ni...
ReplyDeletemama aini ~ ohh kesiannya mama...kenapa x makan ikan, alahan ke?
ReplyDeletesyiela ~ sedap terutamanya makan ketika panas-panas!
ReplyDelete