Artikel berkaitan
Monday, December 12, 2011
Ketupat Sotong
Ini merupakan masakan kegemaran kami sekeluarga. Masak 2 - 3 kilo pun boleh habis dalam sekelip mata je,tambah-tambah bila makan masa panas-panas lagi! Jom ikuti cara memasaknya.
Bahan utama :
Sotong ~ 15 ekor (saiz sederhana)
Beras pulut ~ rendam dengan santan + halia + halba
lidi (cucuk sotong)
Bahan kuah :
Santan (RM4.00)
1 labu bawang besar ~ mayang nipis
Halia ~ hiris halus
Halba ~ 10 - 15 biji
air secukupnya
Cara memasak :
1. Sotong diisi dengan beras pulut (isi 3/4 saja) + cucuk lidi dihujungnya supaya pulut tidak terkeluar semasa dimasak.
2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk + sotong + air > masak di atas api sederhana. Angkat setelah kuah agak pekat. Tak perlu letak garam sebab sudah masin.
Labels:
sotong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mama dtg sini..sambil telan air liur..he2x..sedapnya...nanti mama try resepi ni..mama tak pernah makan lagi ketupat sotong ni..hu2x..
ReplyDeletebil abaca tentang makanan jerr....perut lapar..huuu
ReplyDeleteni ketupat sotong terengganu kan?kalu klate kuah coklat sikit dan manis..=)
ReplyDeletediana ~ pasti jatuh cinta nanti!
ReplyDeletemama aini ~boleh cuba buat, pasti lepas tu....jatuh cinta!
ReplyDeleteHanif ~oh kecianlah pulak...nak bagipun dah habisss ...he,he:)
ReplyDeleteKH~ betul tu, yg ini resipi terengganu, yg kelate, letak gula melaka sbb tu kuahnya warna sedikit perang but still sedap!
ReplyDeletetak pernah makan ketupat nie
ReplyDeleteteringin nk mencuba
Bismi Aishah~ cubalah buat, pasti tak menyesalnya...:)
ReplyDelete