Artikel berkaitan
Saturday, December 24, 2011
Pentingnya kita tahu!
Semakin meningkatnya usia, bermakna semakin berisiko diri kita untuk mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung. Tambah-tambah lagi jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan kita tidak seimbang dan jarang bersenam! Sudah tentulah penyakit tiga serangkai ini akan 'menjenguk' kita....
Di sini, aku ini berkongsi sedikit info tentang penyakit kencing manis iaitu kandungan gula dalam darah. Jika anda mempunyai tanda-tanda berikut cepat-cepatlah berjumpa doktor.
1. Glukosa darah tinggi (hiperglisemia) : keletihan, peningkatan selera makan atau dahaga, kerap membuang air kecil, kabur penglihatan, sakit kepala atau sakit umum.
2. Glukosa darah rendah (hipoglisemia) : berpeluh, menggeletar, kabur penglihatan, degupan jantung yang pantas, kesemutan, atau kebas di sekitar mulut atau hujung-hujung jari.
Labels:
panduan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks utk info berguna ni..=)
ReplyDeleteKH ~ sama-sama:)untuk kepentingan semua...
ReplyDeletethanks teratai share info yg berguna ni..
ReplyDeletemama aini ~ sama-sama,untuk kebaikan bersama:)
ReplyDelete