Pages

Sunday, December 11, 2011

Sarapan pagi hari ini ~ laksa


Pagi ini buat kuah putih untuk dimakan bersama laksa. Laksa beras tu, suamiku beli aje di pasar besar Kuantan. Manakala kuah merah (kuah masak) adalah lebihan kuah laksa yang dibeli ketika balik bercuti ke kampung tempoh hari.

Cara -cara membuat kuah laksa (kuah putih) :

santan (RM5.00)
1 keping ikan tenggiri (rebus ~ tumbuk halus)
1 keping asam keping
15 - 20 biji lada hitam (tumbuk halus)
1 sudu besar bawang kisar
sedikit belacan
garam secukupnya
limau kasturi ~ perahkan ketika mahu makan

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan (kecuali limau kasturi) + air rebusan ikan + 1 cawan air panas.

2. Panaskan di atas api sederhana, kacau sehingga kuah itu panas (jangan mendidih) kemudian angkat. Hidangkan dengan perahan limau kasturi/limau nipis.



10 comments:

  1. santan RM5 tu brp 1 kg ker sukatannya.. sini suami jual santan RM6 1 kg..

    1 keping tenggiri tu agak2 besor mana yer.. hihii...

    memang suka dgn kuah putih ni.. tp nak agak2 resepi dulu...

    ReplyDelete
  2. kakyong ~ santan tu 1 kg (RM5 ~beli kat pasar besar,kalu kat rumah mahal sikit).

    Ikan tu yg bersaiz besar,sebenarnya lagi banyak ikan lagi sedap. Nak lagi sedap, guna ikan selayang (rasa lebih manis).Ikan tu rebus + garam + lada hitam~lada hitam tu tumbuk lepas itu.

    Lada hitam jangan letak terlalu banyak sbb akan menyebabkan kuah rasa pahit!

    ReplyDelete
  3. macam kuah laksam je ni.....teringat laksam yg selalu di mkn masa belajar dulu...:)

    ReplyDelete
  4. eehm..sedapnya !!!..mama org selangor, hb org johor tapi kami berdua sgt suka laksa ni..he2x..

    ReplyDelete
  5. cik aisha ~ betullah tu, kuah putih ini boleh juga dimakan dengan laksam...sedap:)

    ReplyDelete
  6. mama aini ~ kuah merah kat sini rasa lebih kurang dgn kuah laksa johor...cuma kuah merah kat sini lebih berempah!apa2pun semuanya sedap:)

    ReplyDelete
  7. sedapnya...sy suka laksa kuah putih ni...nanti nak gi Mersing boleh cari...hu3x

    ReplyDelete
  8. baru tahun ni saya mula suka sbb saya dah makan yg rasanya menepati selera saya wlipn dah hampir 30 tahun kawin dengan org kelantan ni

    ReplyDelete
  9. cikgu Geo ~betul tu, kalau dah jatuh cinta, pasti x boleh lupakan...he,he:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)