Pages

Friday, November 30, 2012

Buah jambu



Selain musim buah durian, sekarang juga musim buah jambu air dan jambu batu. Jambu batu dan jambu madu ini memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan serbuk asam boi atau colek kicap! Sebenarnya buah jambu batu dan jambu madu ini boleh didapati dengan banyaknya di negeri Perak. Nak tahu kenapa?

Ini kerana di Perak banyak kawasan tinggalan lombong bijih timah yang telah ditebusguna untuk dijadikan kawasan penanaman buah-buahan seperti jambu batu, jambu madu dan limau bali. Jika nak beli buah-buahan ini bolehlah singgah di R N R Sg Perak..bermacam buah-buahan segar dijual di sana.

2 comments:

  1. ehem yg merah tu buat air liur keluar..ya teratai kat perak byk jual buah jambu tu..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)