Pages

Monday, December 24, 2012

Terperangkap dalam banjir!

Hari ini, saya bersama-sama wani, ira dan syu bersarapan di kedai berhampiran rumah saja. Selesai bersarapan, dalam lingkungan 10.30 pagi, kami pergi ke sekolah syu untuk membeli buku-buku syu bagi tahun depan. Hujan sudah mulai lebat!

Selepas itu dalam setengah jam kemudian, kami bergerak ke sekolah ira pula. Hujan sudah semakin lebat tapi tiada tanda-tanda akan berlakunya banjir! Hujan mencurah-curah tiada henti, saya dan syu hanya menunggu saja di dalam kereta sementara wani dan ira berkongsi payung menuju ke kedai koperasi sekolah ira untuk membeli buku-buku ira. Lebih kurang 20 minit kemudian, urusan membeli buku ira selesai.

Kami terpaksa membatalkan niat untuk membeli kasut sekolah wani, ira dan syu kerana keadaan hujan yang makin menggila! Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berpaksa 'berpatah balik' kerana jalan-jalan yang biasa dilalui telah dinaiki air! Akhirnya kami tiba di rumah dalam jam 1.00 t/hari setelah meredah air bah di beberapi lokasi di kawasan perumahan Bukit Sekilau/Bukit Ubi, Kuantan.

Situasi air banjir di Indera Mahkota 8 ~ gambar diambil ketika balik dari pusat bandar
Sepanjang perjalanan pulang itu, kami memohon kepada Allah agar menjauhkan sebarang musibah dan permudahkan laluan kereta kami... Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan laluan kami!  

15 comments:

  1. DASYATNYER NYER...DAH MUSIMNYER GINI LA...BERHATI2 DI MUSIM BANJIR NI

    ReplyDelete
  2. semua kuasa Ilahi...byk2 bersabar ye kak...semoga cuaca kembali cerah...

    ReplyDelete
  3. huih, tinggi tu air naik... nasib baik sis selamat sampai rumah... syukur

    ReplyDelete
  4. hati2 diain masa ok... moga tiada jiwa yg terkorban dlm banjir kali ni... amin...

    ReplyDelete
  5. mesti air paras pinggang ni... klu redah bahaya...

    ReplyDelete
  6. subhanallah..ngerinya lihat suasana disana

    syukur kak skluarga dpt pulang dgn slmat.

    member ayu kt kltn ada post entry ttg keadaan banjir disana..

    moga air hujan bhenti.. air banjir surut dgn cepat

    ReplyDelete
  7. syukur.. selamat semuanya.. bahaya kalau air naik ni..

    ReplyDelete
  8. lama saya tak menjengah blog ini...blog ni pun sudah berubah..semakin cantik..dah ramai followernya...
    saya juga yang dah slow..masa agak membataskan saya dalam meluahkan idea..
    terima kasih sbb masih sudi datang ke blog saya..
    tak sangka tempat teratai pun banjir...berdekatanlah...

    ReplyDelete
  9. tinggi juga air tu nampaknya...
    kena hati musim hujan dan banjir ni...

    rumah sy pun banjir... alhamdulillah air dah surut...

    ReplyDelete
  10. kak..

    harap okey ya.

    tak update blog ayu anggap line kat sana akibat banjir xokey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah okay:)Tak sempat up date blog sebab ada meeting kat sekolah utk persediaan next year! Juga byk kena bersihkan sbb kat sekolah pun naik air...habis semua bahan P & P guru2:((

      Delete
  11. alhamdulillah selamat akhirnya... bahayakan kalau air naik mendadak ni...

    *** kak mega ok tak anak kak pakai bedak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh okay je anak kak pakai bedak tu! Jerawatnya pun makin mengecil n kulit pun makin cerah...thanks ya syiela:)

      Delete
  12. assalam teratai..syukur teratai selamat sampai kerumah..ehem mama tgk betita TV..teruk banjir kat pahang,kelantan & t`ganu..semuga banjir cepat pulih dgn segera..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)