Pages
▼
Friday, January 25, 2013
Nasi Minyak Gulai Ayam Bawang Goreng
Sebenarnya nasi minyak dan gulai ayam ala-ala nasi minyak Warung Nasi Minyak Hashim Kedai Payang ni sudah agak lama dibuat iaitu masa cuti sekolah akhir tahun 2012 . Cuma sekarang baru berkesempatan mengupdatekannya. Resipi gulai ayamnya saya ambil dari blog coretan dari dapur oleh noormasri . Ikuti resipi gulai ayam bawang goreng di bawah...
Gulai Ayam Bawang Goreng
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 - 4 sudu besar rempah gulai nasi minyak-boleh guna rempah kurma~gaul sebatikan dengan ayam dan perapkan seketika
Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
Bahan Kuah:
segengam bawang goreng - lagi sedap jika guna bawang besar yang digoreng sendiri
1- 2 sudu besar susu cair/susu manis
1 sudu besar sos tomato
1 - 3 biji ubi kentang - potong 4
air secukupnya
Bahan tumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
minyak untuk menumis
Cara membuat:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang disaluti rempah, bawang goreng yg diramas2 sikit, sos tomato dan susu.
3. Renehkan seketika sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan air secukupnya (gulai ni tak perlu pekat). Masukkan kentang, gula dan garam secukup rasa
5. Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia untuk dihidangkan
boleh cuba ni... ^_^
ReplyDeletesedapnya kak..
ReplyDeletedah kenyang pon boleh lapar balik nih..hehe..=P
nyum2..
ReplyDeletetetiba jerk perut berbunyi2 neh rasa nak makan jerk huhuhuhu. anta sikit kat umah :p
ReplyDeleteterliur tgk..thanks kongsi resepi ni..
ReplyDelete