Pages
▼
Sunday, July 14, 2013
Ayam Bumbu Bali
Sebenarnya, lauk bumbu bali ini telah lama diminta buat oleh wani. Tetapi dek kesibukan sejak akhir-akhir ini walaupun di hari minggu, jadi asyik tertangguh saja untuk memasak lauk ini. Jadi pada puasa yang keempat hari ini, sempatlah aku memasak lauk ini.
Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil-kecil) ~ gaul garam + kunyit serbuk = goreng separuh masak.
Bahan Kisar :
6 ulas bawang putih
5 - 6 biji buah keras
15 biji cili padi
1 - 2 inci halia
Bahan pelengkap :
6 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
Bahan sos:
Santan RM3.00
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya.
Hiasan : Bawang besar (mayang kasar)
Cara Memasak :
1. Tumis bahan kisar + daun limau purut + asam gelugur sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan sos + garam + gula secukup rasa.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan dengan kuah. Tutup api apabila kuah agak pekat. Siap untuk dimakan.
nampak senang & nampak sedap je.. hehe
ReplyDeleteada masa nti nak try la.. :)
*done tambahkan tabungan sini.. :)
Cubalah pasti tak rugi!
DeleteTQ dear Sya Mimie :)