Semasa di JB, kami sempat melawat Zoo Johor.
Banyak jugalah binatang yang kami lihat dan yang paling menarik perhatianku ialah sang belang yang cantik! MasyaAllah sungguh cantik makhluk ciptaanMU, sebab itu sang belang ini menjadi buruan untuk kulitnya sehingga makin pupus dirimu sang belang!
Setelah puas melihat sang belang, kami membeli sebakul sayur sawi untuk diberi makan kepada beberapa ekor unta. Seonoknyalah along, ira dan syu memberi makan unta-unta ini. Dalalm sekelip mata sahaja, habis sayur-sayur itu dikunyah oleh unta-unta itu.
Episod memberi makan haiwan ini tak berakhir kat situ ...
Tengok tu, beri makan burung merpati pula. Harga makanan burung ini pun taklah mahal. Hanya RM1 untuk sebungkus. Seronokkan bila kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti ini, rasa sayang je pada haiwan-haiwan tu..ya dak!
zoo johor zoopaling murah didunia :) kami 3 kali dah pergi. gajah ada tak? training kat pahang lagi ke? :p
ReplyDeleteAah paling murah. Oh gajah masih training kat pahang!
Delete