Pages

Monday, June 8, 2015

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah : Kelas Berkuda!

Minggu pertama cuti sekolah agak sibuk dengan jadual anak-anak. Kelas tambahanlah dan pendaftaran pelajar baru di pusat-pusat pengajian tinggi. Sebagaimana Wani yang kini menjadi mahasiswi di UITM Machang.

Pada hujung minggu ini, sempatlah memenuhi keinginan ira untuk belajar menaiki kuda. Trek kuda tu pula tak terletak jauh dari rumahku. Dalam masa kurang 10 minit sudah sampai ke tempat yang dituju yang terletak di Permatang Badak. Seronok tak terhingga ira dapat menaiki kuda..

Hari pertama tu, naiklah kuda tu sambil jalan-jalan makan angin..dipanggil joyride selama 5 pusingan. Yang nak ketawa tu, si kuda tu tak nak jalan ...berdiri tegak je seperti dalam gambar tu! Rupa-rupanya ada cara untuk mengarahkan kuda tu berjalan atau bergerak. Kena hentakkan kaki ke badan kuda tu, barulah si kuda tu bergerak.. Nama kuda tu princess!


Tengok tu, si Princess tu dah mula nak berlarilah pulak bila mendengar arahan tuannya, Princess ini tak lah lari laju tapi ada iramanya yang kena seiring dengan gerak tubuh kita. Rithma ini dipanggil trot. Susah juga nampak gayanya Ira nak dapatkan keserasiannya. Terloncat-loncat tubuh Ira....


Wah, tengok tu, Ira dah dapat sikit-sikit iramanya dengan si Princess. Nampak seperti si zorro pun ada Ira ni. Hihihi..

Ramailah juga yang berminat dengan aktiviti berkuda ni. Setiap kali datang latihan, ada je budak-budak yang join seperti gambar bawah ni ...


3 comments:

  1. Bestnya... Rasai pengalaman naik kuda...

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang menyeronokkan! Naik kuda boleh menghilangkan sakit pinggang...kalau sakit pinggang tu..bolehlah cuba naik kuda..terapi yang elok utk pinggang!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)