Pernahkah anda terfikir, apakah
jenis-jenis pakaian yang sepatutnya anda
miliki? Pakaian-pakaian ini pula merupakan jenis-jenis pakaian yang mudah digayakan, paling
praktikal, versatile dan sesuai dipakai dalam apa-apa situasi pun. Paling
penting pakaian ini mestilah menutup aurat bagi kaum muslimah. Betul? Jadi, jom
kita lihat apakah jenis pakaian
wanita yang wajib dimiliki! Jangan ingat muslimah tidak boleh bergaya.. tapi
menutup aurat!
1. Cardigans / Jackets
Saya percaya, setiap wanita pasti
memiliki sekurang-kurangnya sehelai cardigans atau jackets! Baik wanita
bertudung mahupun tidak bertudung. Jackets / Cardigans dipakai ketika cuaca
sejuk atau dipakai sebagai "outerwear" kepada pemakaian baju berlengan pendek
bagi wanita bertudung. Pastikan cardigans tu berlengan panjang..menutup aurat
sepenuhnya.
2. Jeans
Apa lagi kalau bukan jeans! Jeans merupakan jenis seluar yang paling
praktikal dan versatile. Ia boleh digayakan dengan apa jua pakaian dan boleh
ditemui dalam pelbagai rekaan yang menarik. Amat sesuai dipakai sebagai “inner”
jubah bagi menggantikan “pattycoat”.
3. Kemeja Putih
Ada lagi…. Majoriti berpendapat bahawa koleksi kemeja putih merupakan
jenis pakaian yang wajib ada oleh bukan sahaja wanita, tetap setiap individu! Betul tak? Tepuk dada..jawab sendiri..hihihi
4. T-shirt Hitam
Tak dinafikan, hitam dan putih merupakan dua warna selamat yang sesuai
dipadankan dengan apa jua warna. Mudah untuk digayakan dengan jaket bewarna
putih. Pasti menyerlah warna hitam-putihnya.
5. Yoga Pants / Leggings
Pastinya, setiap dari kita mempunyai
yoga pants samada dipakai ketika tidur atau dijadikan pakaian dalam yang
dipakai menggantikan skirt!
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)