Pages
▼
Wednesday, May 10, 2017
LAUK NASI LEMAK : IKAN TONGKOL MASAK MERAH
Salam dan selamat pagi. Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Ini merupakan peluang bagiku untuk membuat sarapan pagi ini. Sarapan yang digemari ramai iaitu nasi lemak ikan tongkol masak merah ala terengganu. Di Kuantan ini, agak sukar untuk makan nasi lemak dengan ikan tongkol ini. Jarang-jarang je jumpa yang memenuhi seleraku... Jom masak!
Bahan Utama : Ikan tongkol ( potong kecil 3 atau 4 bergantung kepada saiz ikan). Ikan tongkol direbus dahulu (air rebusan + asam keping + garam kasar)
Bahan kuah :
1 labu bawang besar ( kisar halus )
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar kicap manis
Cara memasak :
1. Tumis bawang + cili boh hingga garing. Masukkan air rebusan sambil mengaringkan tumisan bawang + cili boh itu.
2. Masukkan nisan kelapa (secukup rasa) + sedikit gula + garam kasar.
3. Akhir sekali masukkan ikan tongkol tersebut dan lebihan air rebusan. Apabila kuah memekat, tutup api. Hidangkan bersama-sama bilis goreng dan telur rebus.
Selamat mencuba.
emm sedapnya saya memang suka ikan tongkol masak macam ni
ReplyDeleteMemang sedap nak-nak jika ikan tu fresh!
DeleteNampak sedap...
ReplyDeleteDapat ikan fresh memang lagi lah sedap kan..
Betul, jika ikan fresh lagi sedap terasa kemanisan ikan tu...
Delete