Tanggal 26 Julai 2017 (Rabu) merupakan tarikh persaraan saya sebagai seorang pendidik. Saya mulakan perkhidmatan sebagai guru pada 19 April 1987 dan menamatkan perkhidmatan pada 26 Julai 2017. Hampir 30 tahun saya bergelar guru atau pendidik.
Berikut adalah teks ucapan persaraan saya pada majlis tersebut.....
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, dan salam sejahtera semua.
Yang Berusaha En Chan Kok Wai ( Pengetua SMKTP ) Barisan Pentadbir En Choh Ah Chin ( Pen. Kanan Pentadbiran ) En Johari Budin ( Pen. Kanan HEM ) En Rangasamy ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) En Tan Kia Leng (Pen. Kanan Petang ) dan Pn Zaidom Muda ( Guru Kanan Teknik dan Vokasional ), guru2 dan pelajar2 yg saya kasihi.
Yang Berusaha En Chan Kok Wai ( Pengetua SMKTP ) Barisan Pentadbir En Choh Ah Chin ( Pen. Kanan Pentadbiran ) En Johari Budin ( Pen. Kanan HEM ) En Rangasamy ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) En Tan Kia Leng (Pen. Kanan Petang ) dan Pn Zaidom Muda ( Guru Kanan Teknik dan Vokasional ), guru2 dan pelajar2 yg saya kasihi.
Rakan2 saya yang dulu berkhidmat disini iaiitu mantan KB
Voktek En Awang Mahadi, mantan KB Bahasa En See Koon Suan dan mantap KV Sains
& matematik Pn Ezmah. Terima kasih tak terhingga kerana sudi datang ke
majlis persaraan saya ini.
Pada hari ini tanggal 26 Julai 2017 ( Rabu ) merupakan hari
paling bermakna dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah 30
tahun 3 bulan & 7 hari perkhidmatan saya sebagi guru selepas berkhidmat 13 tahun di SMK Panji Alam Kuala
Terengganu dan 14 thn 3 bulan & 7 hari di SMKTP.
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak sekolah terutamanya pihak kelab staf Pn Zaidom, Pn Rohani, En Jailani dan
semua AJK kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan
penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini.
Majlis persaraan ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu
penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi
beberapa nasihat kepada anak2 murid saya terutama kelas2 yg saya ajar (1 Mill,
2 Mill, 3K3, 3K6 & 3K10) juga kepada
bekas2 pelajar saya..
Ada dukun dikira dokter
yang datang sampai seribu
Kalau mau jadi orang pintar
Haruslah banyak baca buku
Kalau suka main gitar
Kalau suka main gitar
Mainlah di atas pagar
Kalau mau jadi orang pintar
Jangan suka malas belajar
Naik layar sama si Andi
Ada halilintar hujanlah nanti
Belajar itu tidaklah rugi
Orang pintar sering dihormati
Oleh itu, anak2 muridku
Oleh itu, anak2 muridku
ambillah peluang menuntut ilmu
Guru2 jangan dijadikan musuhmu
kerana ajaran guru menjadi pedoman
hidupmu
Seterusnya, saya mengambil peluang
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru khasnya ketua-ketua panitia
dibawah bidang saya.
Pn Hamidah semua kenali
KP sejarah yg baik budi
terima kasih tak terperi
diatas kerjasama selama ini
Pn Rosnita KP geografi
jawatan dipegang kekal abadi
Di bilik guru dialah penyeri
Kita ketawa tak kering gusi
P. Seni bidang diceburi
Pn Nooraini itulah KP Seni
Lemah lembut amat berbudi
Memang sukar dicari ganti
Ust Nor Azimah KP Agama Islam
Laksa Penangnya memang terbaik!
Wahai ustazah2 yg saya sayang
Aktiviti dirancang memang terbaik
KP Moral Pn Yap namanya
Kecil Molek manis orangnya
Cekap sekali persis dirinya
Apa yang dipinta pasti adanya
Panitia ini ahli-ahlinya rencam
Almaklum subjeknya begini
Itulah Panitia Sivik Kenegaraan
Pn Aini Yusnita KP terkini
KP PJK dulunya Mr Koh
En Firdaus KP sekarang
Harapan saya biarlah bersungguh
Moga boleh dibanggakan orang
Tidak lengkap rasanya ucapan saya
jika tidak menyentuh bahagian paling penting sesebuah organisasi iaitu pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.
Tunjang kejayaan pelayaran sesebuah
kapal terletak pada nakhodanya yang pandai mengemudi dan mengawal anak
kapalnya. Begitu juga dengan kejayaan sekolah ini kerana mempunyai pengetua
iaitu En Chan Kok Wai yang mempunyai misi dan visi yang jelas tentang sekolah
ini.
Setiap pengetua ada fokusnya
Mr Moy mengutamakan akademiknya
Mr Chow pula dengan disiplin
pelajarnya
Mr Loh pula dengan Be Happynya
Istimewanya Mr Chan merangkum
semuanya
Bidang koko menyerlah dizamannya
Program akademik dirancang dengan jayanya
Sahsiah pelajar dibaiki dengan
hematnya
SMKTP muncul cemerlang dibawah
pimpinannya!
Berpantun sudah berseloka pun sudah
Ucapan saya pun hampir sampai
penyudah
Sebelum saya sampai ke titik noktah
Mohon dimaafkan silap dan salah
Zaman moden air pili
Zaman dulu air perigi
Izinkan saya mengundur diri
Ada jodoh ketemu lagi
sekian, terima kasih.
ucapan yg lain dari yg lain
ReplyDeletesangat menarik kak
semoga persaraan ini lebih membawa makna
In Sya Allah..terima kasih
Delete