Day 5 ~ Part 2 di Pulau Jeju.
Setelah berjalan-jalan menyelusuri laluan jogging di
Namwon Keuneong Coastal, kami menuju ke Seongsan Ilchulbong.Sungguh mencabar jugalah untuk sampai ke puncaknya yang setinggi 180 meter dari aras laut. Beberapa kali jugalah, aku berhenti rehat mengambil nafas, sebelum menyambung pendakian sehingga ke puncak. Alhamdulillah akhirnya sampai juga kat atas tu..hehehe.
Seongsan Ilchulbon ini sebenarnya sebuah kawah gunung berapi yang sudah mati dan menjadi daya tarikan pelancong jika berkunjung ke Jeju. Pemandangan dari atas sungguh cantik ~ petempatan dan bandar di Jeju jelas kelihatan.
|
Sampai juga ke puncak! |
|
Pemandangan dari atas ... |
|
Rehat selepas penat mendaki! |
|
Bergerak turun...laluannya lebih mudah! |
|
Cantikkan.. keindahan alan semulajadi. Terima kasih Ya Allah bagi aku peluang melihatnya. |
Setelah berada lebih kurang sejam di sini, akhirnya kami ke ladang bunga canolla yang terkenal sebagai bunga untuk dijadikan minyak masak!
Cantik sungguh pemandangannya..kuning seluas lautan!
Day 6 ~
Cheonjiyeon Water Fall
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)