BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, September 28, 2014

Ikan Tenggiri Masak Kicap




Tiap-tiap hari makan ayam, bosan juga kan. Jadi hari ini, masak lauk ikan. Ikannya pula ialah ikan tenggiri. Lauk yang dimasak pula mudah saja iaitu masak kicap dan lauk kegemaran ramai juga ni.

Bahan utama :
2 keping ikan tenggiri ~ lumur garam dan goreng garing.

Bahan kuah :
5 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu kecil bawang besar ~ mayang nipis-nipis
5 tangkai cili padi (lebih pun tak apa)
Kicap masin
Kicap manis
Semangkuk kecil air asam jawa
1 gelas air

Cara masak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar+ cili padi  = garing atau naik bau.
2. Masukkan air asam jawa + kicap masin + kicap manis + air. Perasakan garam + gula secukup rasa.
3. Akhirnya, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas.


Friday, September 19, 2014

Mee Sanggul Goreng Pedas

Rasanya sudah agak lama saya tidak buat post tentang resipi. Almaklum, sejak akhir-akhir ini saya banyak membeli makanan di luar, dek kesibukan dengan tugasan harian. Jadi menjelang cuti sekolah ini, adalah sedikit kelapangan yang saya penuhi dengan aktiviti memasak. Kali ini saya nak postkan resipi tentang mee. Resipi asal adalah dari blog tersohor iaitu Dapur Tanpa Sempadan  : Mee Sanggul Goreng Pedas, sentuhan Chef Che Mat Gebu.

Bahan utama mestilah mee sanggul. Mee sanggul yang saya beli dipanggil mee siput!


Satu bungkus mee siput ini boleh dihidangkan untuk 5 hingga 6 orang makan.

Cara penyediaan : Celur mee siput ini dalam air panas sehingga lembut dan toskan.

Bahan untuk kuah :

Hirisan daging (lagi banyak lagi sedap)
Hirisan ayam (isi sahaja) ~kalau tak ada isi ayam tu, bahagian tulang pun boleh!
1 labu bawang besar (mayang nipis)
3 - 5 ulas bawang putih (mayang nipis)
3 - 5 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh letak lebih lagi~hiris halus)
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa ayam
1 - 2 sudu kicap manis
air secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih + bawang besar + cili padi sehingga garing (naik bau).
2. Masukkan cili boh + sedikit air = tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan hirisan daging + air = masak sehingga air daging memekat.
3. Masukkan semua jenis sos + kiub ayam + kicap manis + ayam + gula + garam = sesuai mengikut rasa.
4. Akhir sekali masukkan mee siput dan gaul rata. Hidangkan ketika masih panas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...