BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Friday, March 4, 2011

Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara

Alam sekitar yang masih terpelihara
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.



Anda mungkin juga ingin mengetahui tentang ini:

Punca Pencemaran Bau
Kesan Pencemaran Bau 
Langkah Mengurangkan Pencemaran Bau 

48 comments:

  1. info yang bagus ni...nak share yea...

    ReplyDelete
  2. betul..betul..sama-sama menjaga alam sekitar kita..

    akak, ada contest alam sekitar jugak..joinla..akak leh tgk kat banner di sidebar blog saya tu..

    Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

    ReplyDelete
  3. wah..pandai betul awak buat. boleh tak kalau saya copy & paste?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum teratai..
    b'gne sgt tok keje khusus pmr sye..
    terime kasih byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow im seeing this blog for the first time dan skrg dh 2019πŸ˜‚

      Delete
  5. Waalaikumsalam Anonymous~sama2:)

    ReplyDelete
  6. wahhhh...aci x sy copy ni?? hehe.. =)

    ReplyDelete
  7. asl lain ngan blong lain ahhhh. tapi yg ni lebih baguzzz lah pade yg lain .sayer akn copy blong ni

    ReplyDelete
  8. NICE! Would you mind if i take these things? Nak guna info nie untuk folio :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi rujuk guru anda supaya tidak terpesong tajuk kkg.

      Delete
  9. Sangat bagus :) Saya suka ! Ni boleh tolong saya dalam PT3 nanti. Haha. Terima kasih ya, atas maklumat ini :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih.. This is for my pt3..

    ReplyDelete
  11. can i use this for my pt3? thank you. : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mntk sedikit tntng niy n copy n paste sekit....
      hope x kesah

      Delete
  12. Bolehkan saya ambik nak buat folio

    ReplyDelete
  13. boleh share tak lmn web yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan maklumat juga dari buku-buku rujukan di perpustakaan sekolah

      Delete
  14. Berguna untuk para pelajar yang memerlukan maklumt untuk membuat folio geografi ^_^

    ReplyDelete
  15. tak ramai yg cintakan alam sekitar... sedihkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul !Sebab tu sering terjadi fenomena cuaca spt jerebu yg teruk melanda negara kita baru-baru ni.

      Delete
  16. Alhamdulillah....saya dpt info yg bnyk dripada website ni.. .bole buat untuk krja kursus geo... Terima kasih teratai

    ReplyDelete
  17. Minta nak guna pakai info ni untuk buat folio ya.tq.

    ReplyDelete
  18. πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

    ReplyDelete
  19. πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

    ReplyDelete
  20. Saya amik mklumat ni ye..sbb nk buat folioπŸ˜…

    ReplyDelete
  21. Pinjam untuk buat kerja lapangan ya?

    ReplyDelete
  22. ambik info sikit ye untuk kerja lapangan geo/....

    ReplyDelete
  23. thanks sbab buat blog pasal ni

    ReplyDelete
  24. Bagus huraian dia boleh guna untuk essei geografi. .

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...