BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label bandar. Show all posts
Showing posts with label bandar. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Kesan migrasi terhadap kawasan luar bandar yang ditinggalkan


Pola migrasi utama di negara ini ialah migrasi luar bandar ke bandar. Kesannya bagi kawasan luar bandar yang ditinggalkan ialah

1. Berlaku ketidakseimbangan penduduk dari segi umur dan jantina.

    Golongan muda dan kaum lelaki merupakan golongan utama yang berhijrah ke bandar. Oleh itu, yang tinggal di desa ialah golongan tua, kanak-kanak  dan kaum perempuan yang tidak produktif.

2. Menyebabkan wujudnya kawasan tanah terbiar.

    Banyak kawasan pertanian tidak diusahakan kerana kekurangan tenaga buruh. Akibatnya wujud tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan. Pengeluaran hasil pertanian juga terjejas! Bagi memenuhi keperluan penduduk, hasil pertanian seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan terpaksa diimport dari negara Thailand dan Filipina.

3. Kebergantungan kepada buruh asing.

  Bagi mengusahakan kawasan pertanian terbiar ini, pekerja/buruh asing diperlukan. Kemajuan sektor pertanian seperti perladangan kelapa sawit/getah bergantung kepada buruh asing dari negara Bangladesh dan Filipina. Ekorannya kemasukan buruh asing semakin meningkat ke negara ini.

4. Banyak sumber tidak dapat diusahakan.

    Bukan hanya tanah pertanian tidak dusahakan, tetapi sumber-sumber lain seperti perikanan, pembalakan dan industri kecil sederhana (IKS) milik keluarga tidak dapat diusahakan kerana kekurangan tenaga kerja muda. Pembangunan di desa juga terbantut/lambat dan tidak mendapat perhatian pelabur untuk mendirikan kilang. Ini kerana pasaran barangan siap berkurangan di desa kerana jumlah penduduk di desa semakin berkurangan.


Monday, December 13, 2010

Pembandaran

1. Proses pembandaran berlaku apabila

~ pertambahan penduduk melalui pertumbuhan semula jadi
~ perluasan kawasan bandar
~ perubahan cara hidup penduduk (daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan pembuatan)
~ pertambahan penduduk melalui migrasi

2. Faktor mempengaruhi pembandaran

a) Ekonomi

~ kewujudan peluang pekerjaan yang banyak
~ perkembangan sektor perindustrian seperti di Kulim (Kedah), dan Bandar Baru Bangi (Selangor)
~ kegiatan perniagaan dan perdagangan menggalakkan perkembangan bandar pelabuhan (Klang dan Pasir Gudang)
~ pelbagai perkhidmatan seperti perbankan, insurans dan pusat pelancongan

b) Sosial

~ penyediaan sistem pengangkutan dan perhubungan yang menggalakkan pertumbuhan bandar baru di laluan lebuh raya (Bandar Tanjung Malim, Nilai dan Ayer Keroh)
~ wujudnya kemudahan pendidikan (UKM di Bandar Baru Bangi, UUM di Sintok dan UPSI di Tanjung Malim)
~ Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang lengkap

c) Governan

~ menaik taraf bandar
~ Dasar Ekonomi Baru
~ Agensi kerajaan dan swasta berperanan memajukan bandar

3. Kesan Pembandaran

~ pembinaan bangunan tinggi mengubah landskap di bandar
~ pembinaan jaringan pengangkutan menjadikan landskap Kuala Lumpur lebih kompleks
~ pencemaran udara akibat pelepasan gas beracun dari sektor kilang dan asap kenderaan bermotor
~ pencemaran air akibat pembuangan sisa kilang dan sampah sarap ke sungai
~ pencemaran bunyi
~ banjir kilat yang memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa
~ masalah pengangguran yang serius
~ perubahan kualiti hidup
~ kemasukan migran yang ramai

4. Masalah pembandaran

~ masalah banjir kilat
~ peningkatan suhu
~ pengangguran
~ Kesesakan lalu lintas
~ pencemaran udara dan pencemaran bunyi

5. Langkah mengatasi masalah pembandaran

~ memperbaiki sistem perparitan
~ perancangan rapi tentang struktur bandar
~ penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
~ mewujudkan kawasan hijau/tanam pokok
~ wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
~ pembinaan jalan pengangkutan yang lebih cekap (guna keretapi tenaga elektrik spt LRT, monorel dan komuter yang bersifat mesra alam)

Saturday, December 11, 2010

Saling Bergantung antara Luar Bandar dengan Bandar

1) Bandar bergantung kepada luar bandar untuk

~ memperoleh makanan untuk penduduknya
~ mendapatkan bahan mentah untuk perindustrian dan perdagangan
~ bagi memasarkan atau menjual hasil kilang kepada penduduk luar bandar
~ luar bandar sebagai tempat rekreasi penduduk bandar
~ mendapat bekalan tenaga buruh

2) Luar bandar bergantung kepada bandar untuk

~ melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (universiti dan kolej)
~ mendapatkan perkhidmatan perubatan moden yang lebih baik
~ mendapatkan perkhidmatan kewangan yang lebih baik (bank, syarikat insurans)
~ menikmati perkhidmatan pengangkutan yang canggih di bandar
~ menikmati kemudahan sosial (pusat hiburan dan pusat beli-belah) yang lebih baik
~ mendapatkan perkhidmatan pentadbiran (agensi kerajaan) yang berpusat di bandar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...