Artikel berkaitan
Showing posts with label hutan. Show all posts
Showing posts with label hutan. Show all posts
Friday, July 26, 2019
Thursday, July 25, 2019
Kelebihan akar banir pokok hutan hujan tropika
Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa mempunyai ciri-ciri tersendiri. Salah satu cirinya ialah pokok kayu keras seperti cengal, meranti, keruing dan seraya mempunyai akar banir. Rupa2nya salah satu ciri pokok hutan hujan tropika iaitu berakar banir mempunyai kelebihan tersendiri. Jika tersesat di dalam hutan, kita boleh memukul akar banir ini sebagai tanda isyarat untuk orang atau penyelamat mengenal pasti tempat atau lokasi kita di hutan tersebut. Keterangan lanjut boleh ke link berikut :
Sumber:
IG : @teragears
Wednesday, October 29, 2014
Ciri-ciri Hutan Monsun Tropika
Hutan monsun tropika tumbuh subur di negara-negara yang terletak antara latitud 10 darjah U/S hingga 30 darjah U/S.
![]() | |||||
| Taburan Tumbuh-tumbuhan Semulajadi di Dunia sumber peta |
Contoh negaranya ialah :
1. Thailand (utara)
2. Myanmar
3. Laos
4. Vietnam/Kampuchea
5. Bangladesh/India/China
Antara ciri-ciri hutan monsun tropika ialah
1. Berkayu keras
2. Berdaun lebar
3. Berakar tunjang
4. Lapisan bawah/lantai hutan padat
5. Kaya dengan rumpun buluh
6. Tiga lapisan
7. Daun gugur pada musim kemarau
8. Dirian tulen
9. Pokok tinggi antara 20 meter hingga 50 meter
10. Terdapat tumbuhan menjalar
11. Pokok tumbuh tidak terlalu rapat.
Jawapan dalam bentuk esei :
Hutan monsun tropika terdiri dari kayu keras dan jenis dirian tulen. Contohnya pokok jati. Pokoknya berdaun lebar. Akar pokok adalah berakar tunjang. Lantai hutan monsun tropika adalah padat. Hutan ini juga kaya dengan rumpun buluh. Hutan ini mempunyai 3 lapisan dan daun pokoknya gugur pada musim kemarau. Pokoknya tinggi iaitu 20 meter hingga 50 meter. Tumbuhannya juga jarak-jarak iaitu tumbuh tidak terlalu rapat.

Monday, October 3, 2011
Langkah mengurangkan kemusnahan hutan
Antara langkah mengurangkan kemusnahan hutan ialah :
~ Mewartakan sebagai taman negara / hutan simpan
~ rawatan silvikultur
~ tanam semula pokok / penghutanan semula
~ penebangan terpilih
~ kempen alam sekitar
~ pendidikan alam sekitar.
~ penguatkuasaan undang-undang .
Kesan kepupusan sumber hutan
Antara kesan kepupusan sumber hutan terhadap alam sekitar ialah :
~ Oksigen berkurang/Karbon dioksida bertambah
~ kawasan tadahan musnah
~ habitat fauna musnah
~ kepupusan flora dan fauna
~ hakisan tanah
~ tanah runtuh
~ suhu meningkat
~ banjir
Sunday, October 2, 2011
Kegiatan manusia yang menyebabkan kepupusan sumber hutan
Antara kegiatan manusia yang menyebabkan kepupusan sumber hutan ialah :
~ aktiviti pembalakan / penerokaan / penebangan hutan
~ pembukaan kawasan pertanian / ladang
~ pembukaan kawasan perindustrian
~ kawasan perlombongan / kuari
~ aktiviti pelancongan
~ pembinaan jalan raya / lebuh raya
~ pembukaan kawasan petempatan/ bandar baru
Subscribe to:
Posts (Atom)






