Yang paling bestnya, anak-anakku suka masakan singgang daging ni, nampak gayanya selepas ini, selain daging masak merah, bolehlah dibuat juga singgang daging sebab mendapat sambutan hangat daripada anak-anak!
Inilah resipi ringkas singgang daging yang suamiku ambil dari mesra.net...
1 kati daging lembu
3 inci lengkuas }
3 ulas bawang merah } dihiris
3 ulas bawang putih } halus
3 inci halia }
5 keping asam gelugur
2 sudu ketumbar biji (diketuk-ketuk supaya pecah)
1 sudu lada hitam (aku letak sendiri)~untuk hilangkan hanyir daging!
Cara:
1. Bersihkan serta potong daging mengikut kesukaan anda.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk berserta bahan yang dihiris tadi ketumbar, asam gelugur, lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Kemudian masukkan pula air secukupnya dan jerangkanlah periuk di atas api biarkan mendidih serta daging cukup masak bolehlah diangkat.
tak tunjuk gambar singgang daging tu ke?baru nak tengok..lapar la pulak
ReplyDeletesinggang daging mmg best. mkn2 cam gitu masa panas2 pun sedap. rasa mcm sup pun ada.
ReplyDeleteferry~tak sempat ambil gambar, dah dislurrrrrp oleh anak-anak:)
ReplyDeletemoklong~betul memang sedap rasanya, cuma bezanya 'rebus', tak perlu ditumis..:)rasanya memang lebih kurang je dgn sup.
ReplyDelete