Pages

Friday, November 19, 2010

Pertama kali makan singgang daging!

Pada musim hari raya korban ni, banyaklah kami dapat daging yang disedekahkan oleh saudara mara dan jiran tetangga. Dalam duk fikir-fikir nak masak apa hari ini, suamiku menyarankan buat singgang daging. Tapi yang susahnya, aku tak tahu resipinya. Jadi suamiku pun carilah dalam internet iaitu blog MyResipi dan Mesra.net. Akhirnya terjumpalah beberapa resipi singgang daging versi kelate dan terengganu kito. Oleh kerana aku orang terengganu, jadi akupun masaklah singgang daging ni ala terengganu.

Yang paling bestnya, anak-anakku suka masakan singgang daging ni, nampak gayanya selepas ini, selain daging masak merah, bolehlah dibuat juga singgang daging sebab mendapat sambutan hangat daripada anak-anak!

Inilah resipi ringkas singgang daging yang suamiku ambil dari mesra.net...

1 kati daging lembu
3 inci lengkuas }
3 ulas bawang merah } dihiris
3 ulas bawang putih } halus
3 inci halia }

5 keping asam gelugur
2 sudu ketumbar biji (diketuk-ketuk supaya pecah)

1 sudu lada hitam (aku letak sendiri)~untuk hilangkan hanyir daging!

Cara:

1. Bersihkan serta potong daging mengikut kesukaan anda.

2. Kemudian masukkan ke dalam periuk berserta bahan yang dihiris tadi ketumbar, asam gelugur, lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.

3. Kemudian masukkan pula air secukupnya dan jerangkanlah periuk di atas api biarkan mendidih serta daging cukup masak bolehlah diangkat.

4 comments:

  1. tak tunjuk gambar singgang daging tu ke?baru nak tengok..lapar la pulak

    ReplyDelete
  2. singgang daging mmg best. mkn2 cam gitu masa panas2 pun sedap. rasa mcm sup pun ada.

    ReplyDelete
  3. ferry~tak sempat ambil gambar, dah dislurrrrrp oleh anak-anak:)

    ReplyDelete
  4. moklong~betul memang sedap rasanya, cuma bezanya 'rebus', tak perlu ditumis..:)rasanya memang lebih kurang je dgn sup.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)