Artikel berkaitan
Sunday, February 6, 2011
Suntikan Imunisasi HPV
Dalam sibuk-sibuk aku mengemaskinikan blog, tiba-tiba anak keempatku (Ira) menghulurkan satu borang meminta aku menandatangani kebenaran baginya menerima suntikan ini.
Untuk mereka yang tidak tahu apa itu HPV, ingin aku jelaskan bahawa HPV adalah stand for Human Papilloma Virus dan imunisasi ini diberikan kepada pelajar perempuan (Tg 1 dan 13 tahun ke atas). Tujuannya adalah untuk mencegah kanser servik!
Imunisasi HPV ini diberi sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan. Ikutilah jadual suntikannya:
Suntikan pertama~tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik
Suntikan kedua~1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga~ 6 bulan dari suntikan pertama
Jadi bagi anak-anakku yang masih bersekolah, boleh dapatkan imunisasi ini di sekolah. Namun bagi along dan angah yang sudah tamat persekolahannya, terpaksa mengambil imunisasi ini di klinik kesihatan ataupun di klinik swasta (kosnya melebihi RM1,000).
Untuk pengetahuan semua, kanser servik ini merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal! Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik ini juga menyumbangkan 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. (dipetik dari risalah pelalian HPV).
Oleh itu, bertindak bijak..iaitu "mencegah, lebih baik daripada mengubati",berikan yang terbaik untuk anak-anak dan diri kita juga~jalani ujian pap smear dan mamogram!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mahal lah..
ReplyDeleteyes ferry..!!
ReplyDeleteuntung budak2 skrg..huhuuu
ReplyDeletepenting tu akak kan?mahal sikit takpe la bg yg lepas sekolah dan tak mampu..
ReplyDeletetp yang tak mampu kesian plak
salam kalamhati,
ReplyDeletesebab tu bagi anak2 yg bersekolah,ibubapa harus beri kebenaran utk disuntik...
tp bg yg dah lepas sekolah tu, atas inisiatif sendiri kena pergi ke pusat kesihatan (kerajaan)~x perlu bayar...bg yg mampu tu,ambil je di klinik swasta!