Artikel berkaitan
Sunday, May 8, 2011
Asam Pedas Ikan Aye
Hari ini aku terpaksa masuk dapur kerana 'tukang masak' iaitu Angah pergi East Coast Mall bersama-sama syikin, nik dan huzaimah. Lepas tu mereka ke rumah liana sebab ada jamuan kesyukuran! Jadi terpaksalah aku memasak untuk hidangan tengahari. Masak simple2 ajelah, jadi aku meminta wani n ira cari gali resipi di blog secubit garam yang memang terkenal dengan resipi-resipinya sehingga dilamar oleh Majalah Jelita (bulan April n Mei,2011). Syabas untuk adminnya ~ k. nor (aku panggil nora je).Ikutilah resipinya :
resipi asal : Secubit Garam: Asam Pedas Ayam
Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu ~ ganti dengan 3 sudu besar cili boh
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan ~ tukar guna ikan aye (kepala ikan n 2 keping ikan)
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus ~ guna 1 sudu teh
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya ~ tak letak sebab tak ada!
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy tak suka makan asampedas tp ska masak sbb sennag..hehe
ReplyDeleteLin Azlina~senang buat, betul tu:)
ReplyDeletewau.. leh toray ni.. hehe.. sejuk hati para ibu-ibu yg ada anak dara.. kan kak? hehe..
ReplyDeleteasam pedas org melaka ke ni teratai??:)
ReplyDeleteAretikz~cubalah senang je membuatnya. Betul tu, terutama apabila mereka dah besar, boleh diajak berbincang n berkongsi pendapat!
ReplyDeletenu aisya humaira~tak tahulah asam pedas melaka atau tak, bantai buat je! tapi sedap jugak,trylah masak:)