Artikel berkaitan
Monday, May 9, 2011
Mee Hoon Goreng Ala Cina
Masakan ringkas untuk dimakan cepat apabila anak-anak dah lapar! Atau jika ada tetamu yang hadir secara tiba-tiba. Jadi ambil jalan mudah, buat je mee hoon goreng ini yang boleh siap dalam tempoh kurang 30 minit. Ikuti resipinya:
Bahan-bahan :
5 keping mee hoon (rendam dulu supaya lembut) ~ 6 orang makan
isi ayam/udang/bebola ikan
2 biji telur ayam (goreng hancur)
2 biji tomato (belah 4)
Bahan tumis :
5 ulas bawang putih (tumbuk sikit/hiris halus)
1 labu kecil bawang besar (mayang halus)
5 tangkai cili padi ( hiris halus)
minyak untuk menumis
1 gelas air
Cara-caranya:
1. Tumiskan bahan tumis sehingga garing. Masukkan isi ayam/udang/bebola ikan dan telur hancur.
2. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan mendidih sekejap dan kemudian masukkan mee hoon dan tomato.
3. Tutupkan kuali selama 5 - 7 minit. Kecilkan api (tujuan untuk melembutkan mee hoon). Kemudian gaulkan mee hoon sehingga sebati. Ok dah siap untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...selamat hari ibu....sibuk macam mana sekalipun...ibu tetap masak kan untuk anak2...inilah ibu yang tidak kenal erti penat....sekali lagi happay mother's day...you're great!
ReplyDeletealamak sdapnye tgk gmba.. org da r tgh lapo ni~
ReplyDeletealamak sdapnye tgk gmba.. org da r tgh lapo ni~
ReplyDeletemenarik nih..boleh gak buat time2 kurang rajin ni..ekekek..
ReplyDeleteakak, jom join ga saya..akak ada kelebihan tau..heheh
Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway
Belog kami :Notre Belle Histoire
Selepas asam pedas, kini mee hoon menjelma.. nyummy.. hehe..
ReplyDeletesedap ni..i pun selalu gak buat style camni
ReplyDeletesonata~masak yg simple2 je,tqvm:)
ReplyDeleteG3-lina~he,he...jemputlah!
Has~ ok ada niatu gok nok join..esp. dpt hadiah dr swiss! teruja... nih!
Aretikz~masakan mudah je,boleh buat tu..!
gee ryder~yes sedap n mudah kan...
Salam
ReplyDelete